CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kali Ini Tak Pedih Punya Petua, Cerahkan Bawah Lengan Dengan Isi Betik

6-4-2017 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12264| Komen: 60|Original author: Oleh: Adib Za


Kaum wanita khasnya sentiasa mahukan kulit yang cerah bukan sahaja pada wajah, malah kesemua bahagian badan. 

Ini termasuklah di celahan bawah lengan yang sering kali dikatakan menjadi masalah seperti parut hitam, kesan cukuran dan tak kurangnya bau masam. Aduh!

Nampak macam memalukan namun jika dibiarkan, tidak selesailah masalah tersebut. Jangan risau sebenarnya terdapat banyak remedi dan juga petua yang boleh digunakan untuk membersihkan bawah lengan bukan sahaja memiliki kulit sehalus sutera, malah cerah dan juga bebas noda hitam.

Usah gusar, ia bukan petua yang memedihkan kerana ia tidak menggunakan langsung bahan berasid seperti limau atau pun lemon. Sebaliknya bahan yang digunakan adalah agen pencerah kulit yang sangat efektif, iaitu buah papaya atau betik. 

Bagi yang tidak tahu, buah ini sangat berkesan untuk mencerahkan kulit sekaligus memudarkan parut hitam dan juga zon bawah lengan yang gelap. 


Betik mempunyai enzim yang mampu menanggalkan set kulit mati dan juga tinggi kandungan papain dan juga vitamin A yang bersifat anti-oksidan. Sebab itu wujudnya produk kosmetik berasaskan betik, kan?


Bahan-bahan:

1. Isi betik 

2. Madu secukupnya

Cara-caranya:

1. Hancurkan isi betik.

2. Masukkan 1 sudu madu ke dalam mangkuk berisi isi betik tadi. Gaul rata.

3. Sapukan pes ini pada bawah lengan sebelum anda mandi. Lakukan selang sehari dan pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. - CARI 

Foto: Carian internet
10

Bagus
15

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 6-4-2017 05:57 PM
syg nya betik tuuuu
Quote siskepoh 6-4-2017 06:01 PM
wah wah wah. lepas ni boleh la tayang ketiak. angkat2 ketiak, lihatlah ketiakku yg putih sekalii
Quote myakayina 6-4-2017 06:15 PM
lagi better guna sabun papaya tu kot..
Quote Missfadh 6-4-2017 06:45 PM
Baru nak ckp ala2 sabun papaya.
Quote Madel 6-4-2017 07:01 PM
Adoi..awat le sesusah..pakai je la sabun gelenggang..baru rm3.90..jgn kata bawah ketiak..celah pepek pun compom bersih bersinar
Quote mirandanicky1 7-4-2017 12:06 AM
Ehhh gelilah pulak nk pakai betik melekit kot
Quote estrelle 7-4-2017 04:39 AM
Madel replied at 6-4-2017 07:01 PM
Adoi..awat le sesusah..pakai je la sabun gelenggang..baru rm3.90..jgn kata bawah ketiak..celah  ...

Sabun gelenggang tu ape n boleh dpt kat mane
Quote Sayaaa 7-4-2017 09:06 AM
sabun betik kn ada
Quote miemiecha 7-4-2017 09:08 AM
Madel replied at 6-4-2017 07:01 PM
Adoi..awat le sesusah..pakai je la sabun gelenggang..baru rm3.90..jgn kata bawah ketiak..celah  ...

mana nak beli sabun tu.. mek nak beli...
sistur madel tlg jadi agen..
Quote prettyuglybabe 7-4-2017 10:42 AM
Madel replied at 6-4-2017 07:01 PM
Adoi..awat le sesusah..pakai je la sabun gelenggang..baru rm3.90..jgn kata bawah ketiak..celah  ...

mana nak cari sabun tu?
nama dia sabun gelenggang?
Quote prettyuglybabe 7-4-2017 10:42 AM
minggu sudah-sudah baru je buang betik yang tak sedap..
kalau tau dah buat macam ni.. dari terbuang gitu jah..
Quote NekNgah 7-4-2017 11:01 AM
prettyuglybabe replied at 7-4-2017 10:42 AM
minggu sudah-sudah baru je buang betik yang tak sedap..
kalau tau dah buat macam ni.. dari terbuang ...

Kenapa tak sedap?  

Lain kali, kalau terlalu muda, buat masak lemak.

Kalau terlalu masak, buat masker.
Quote prettyuglybabe 7-4-2017 11:06 AM
NekNgah replied at 7-4-2017 11:01 AM
Kenapa tak sedap?  

Lain kali, kalau terlalu muda, buat masak lemak.

dah masak.. maybe buah pertama yang masak dari pokok tu kot
Quote NekNgah 7-4-2017 11:09 AM
prettyuglybabe replied at 7-4-2017 11:06 AM
dah masak.. maybe buah pertama yang masak dari pokok tu kot

Owh.. buah pertama.  Kalau orang tua cakap buah pertama tu membuang buruk.  Memang tak sedap.
Quote prettyuglybabe 7-4-2017 11:11 AM
NekNgah replied at 7-4-2017 11:09 AM
Owh.. buah pertama.  Kalau orang tua cakap buah pertama tu membuang buruk.  Memang tak sedap.

ooo... patut la.. petik sebelum kuning betul..
pastu peram sampai kuning baru buka..
sekali rasa tak sedap..
tak manis pastu kelat-kelat..
harap buruk pokok tu tak terlekat kat kita
Quote Madel 7-4-2017 01:30 PM
estrelle replied at 7-4-2017 04:39 AM
Sabun gelenggang tu ape n boleh dpt kat mane

Google la..aku pakai hfon tak reti nak tepek pic..
Beli kat kedai jamu
Quote Madel 7-4-2017 01:34 PM
miemiecha replied at 7-4-2017 09:08 AM
mana nak beli sabun tu.. mek nak beli...
sistur madel tlg jadi agen..

Aku pun mak yang tolong beli kan
Aku dah pakai since kat U lgi..alhamdulillah serasi dgn kulit aku..aku mmg tak pakai sabun mandi yg ada kimia2 semua tu sbb kulit aku jenis sensitif..cuci muka pun pakai sabun gelenggang tu juga
..muka aku tak ada sebutir jerawat pun
Sabun gelenggang ni bagus utk ilangkan gatal2 kulit memandangkan aku agak aktif bersukan..ilangkan bau badan..licinkan kulit

Beli kat kedai jamu..ckp je 'ada sabun gelenggang tak..kotak dia kolor kuning'..sori aku tak reti nak tepek pic pakai hfon

Quote Madel 7-4-2017 01:38 PM
prettyuglybabe replied at 7-4-2017 10:42 AM
mana nak cari sabun tu?
nama dia sabun gelenggang?

Kat kedai jamu..tulisan kat kotak SABUN GELENGGANG , kotak kolor kuning ada gambar daun gelenggang..sekotak rm3.90 je.

Sabun ni bau dia agak bau busuk..mmg semerbak menyengat dlm bilik mandi nanti tapi berkhasiat utk kulit aku ..
Aku mmg tak pakai product2 yg ada kimia..aku mandi pakai sabun gelenggang tu je la utk muka n badan..
1 lagi lepas mandi or lepas buat kerjarumah..aku akan losyen tangan aku pakai Vaseline ..vaseline pun bagus utk lembutkan kulit..cer la try
Quote prettyuglybabe 7-4-2017 01:51 PM
Madel replied at 7-4-2017 01:38 PM
Kat kedai jamu..tulisan kat kotak SABUN GELENGGANG , kotak kolor kuning ada gambar daun gelenggang ...

ada google.. katanya untuk panau kurap..
serious boleh putihkan keti and cikpek ke?
takut pulak baca panau kurap bagai tu

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.116767 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top