Kami ingin kongsikan gambar terkini Taufan Utor yang telah melanda Hong Kong dengan angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan urusan harian pusat kewangan Asia itu lumpuh semalam, sebelum ia mengubah haluan ke Tanah Besar China. Menurut akhbar Berita Harian, pejabat, sekolah dan mahkamah ditutup dan urus niaga pasaran saham digantung apabila Utor mendekati kepulauan itu. Selain itu juga berpuluh-puluh penerbangan juga dibatalkan manakala khidmat bas serta feri digantung selepas taufan itu membawa angin dengan kelajuan 138 kilometer (km) sejam. Ribut itu menyebabkan laut bergelora dan hujan lebat, berpusat 250 km ke barat barat daya Hong Kong sekitar jam 1.00 petang waktu tempatan. Bagaimanapun, Utor semakin lemah dan dijangka bergerak ke barat laut pada kelajuan 16 kilometer sejam ke arah wilayah Guangdong, China. Seorang dilaporkan cedera di Hong Kong, dengan angin kencang menumbangkan 15 pokok dan dua piring satelit meskipun bandar raya itu tidak terjejas, lapor akhbar South China Morning Post. Agak nya ada x bra terbang time taufan ni?
|
12
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
12
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok posted on 15-8-2013 11:16 AM
klu ada nk tau gak tu bra cina ka bra pinoy celup ka bra indon pprt?
ADVERTISEMENT