CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guna Lori Tanah, Taktik Terbaru Curi Motosikal Berjaya Dirakam

31-3-2017 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4191| Komen: 7|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Kes curi kenderaan terutamanya motosikal dilaporkan menjadi antara penyumbang utama kepada kadar jenayah di negara kita.

Menurut laporan The Star Online pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-6 ranking dunia dalam kes curi kenderaan. Purata 60 buah kenderaan dicuri setiap hari iaitu melibatkan “claim” sebanyak 13.2 juta. Laporan daripada General Insurance Association of Malaysia’s (PIAM) itu untuk jangka masa dari Januari sehingga Jun 2016.


Pelbagai kaedah digunakan oleh penjenayah untuk melakukan kegiatan curi motosikal. Kaedah-kaedah itu pula sentiasa diperbaharui mengikut peredaran masa bagi mengelakkan daripada tertangkap. Pendek kata, mereka ini memang cekap dan akan membuat "kerja" dalam masa yang sangat singkat sahaja.

Semalam, satu rakaman video mengenai kes curi motosikal yang berlaku baru-baru ini menjadi tular di media sosial . Apa yang mengejutkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah itu menggunakan teknik terbaru iaitu menggunakan lori tanah untuk mengaburi mata orang ramai tentang kegiatan mereka.



VIRAL KAN

Pencuri skang dah pakai lori!!!! 
Mohon Kawan2 panjangkan pos ni sampai tertangkap langau ni
Lc 135
Tahun 2009
No plat WSR 3354
Warna hitam ada box givi
tempat kejadian jalan inai (technip) 
no plat lori pun x dpt ermmmm
Kalau ada jodoh dapatla jumpa balik 😥😥 sabar ye sahabat 💪💪💪

Sumber : Mohd SyAfii


Loading FB Video...

Melalui rakaman itu, dapat dilihat dua pencuri motosikal tersebut membawa sebuah lori tanah kemudian memakir di bahu jalan berhampiran dengan tempat parkir motosikal. Walaupun pandangan terlindung dengan lori tersebut, tetapi masih dapat dilihat salah seorang daripada pencuri yang lengkap memakai topi keledar turun dari lori dan terus membuka kunci motosikal jenis Yamaha LC. 


Tidak sampai beberapa saat, sebuah motosikal berjaya dilarikan. 

Bijak kan mereka? Tapi bak kata peribahasa, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. - CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 1-4-2017 12:59 AM
Klu bwa lori.napela x angkut 4 5 buah moto kt situ?mwsti kes lain ni
Quote Esmiria 1-4-2017 03:04 PM
batmana replied at 1-4-2017 12:59 AM
Klu bwa lori.napela x angkut 4 5 buah moto kt situ?mwsti kes lain ni

btul kta kau tu
Quote missinpiece 3-4-2017 01:48 PM
Motor yg menjadi pujaan je yg dibawak larik
Quote Artemesiaa 3-4-2017 03:14 PM
Macam2 cara nak mencuri sekarang ni tapi selalunya ada juga saksi atau cctv dapat merakam
Quote miemiecha 3-4-2017 03:34 PM
amik lori tu.. lenyek dia plkkkkk
Quote -electrifying- 3-4-2017 03:51 PM
risau nya zmn skrg, haish, klau tertgkap tum naya dorg kena belasah, pdn mke
Quote lesprincesse 3-4-2017 04:21 PM
Macam2 taktik!!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061623 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top