Siapa sangka makanan popular dari China bila digabungkan dengan makanan hebat dari Itali, menghasilkan satu fenomena baharu dalam dunia makanan dan juga kulinari!
Dipanggil sebagai 'baozza' ia merupakan gabungan makanan tradisi Cina iaitu roti kukus atau lebih dikenali sebagai baozi dan diisi dengan bahan topping pizza seperti tomato, keju dan sebagainya. Pendek kata, baozza merupakan gabungan pau dan juga pizza! Tak pernah terfikir di minda kan? Ia kini menjadi viral apabila seorang konsultan dari Amerika Syarikat, Alex Cree berkunjung ke selatan China dalam satu rombongan bisnes. "Kami bercakap tentang idea yang mungkin menggabungkan bao dengan isi yang lebih kebaratan seperti burger dari Amerika dan sebagainya.
"Kemudian seseorang menyebut pizza baozi dan serta merta terpcul idea untuk menghasilkan 'baozza'!" katanya kepada Reuters Television. Alex telah berhenti kerja dan berpindah ke China pada tahun 2016 untuk memulakan bisnes makanannya di Beijing. Kini, Baozza benar-benar menjadi kegilaan ramai dan memiliki 4 perisa popular iaitu Margherita, Meat Lover, BBQ Chicken dan Hawaiian Jalapeno. Harga untuk dua biji roti tersebut ialah 20 yuan atau bersamaan RM12.80. Harap-harap nanti adalah versi halal untuk pasaran di Malaysia pula ya! - CARI |
19
Bagus |
21
Marah |
6
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT