Bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye yang digulingkan kerana skandal rasuah, tiba di pusat tahanan Seoul, selepas mahkamah mengarahkan dia ditahan atas tuduhan rasuah dan skandal penyalahgunaan kuasa yang membawa kepada kejatuhannya.
Memetik laporan BBC, mahkamah Daerah Tengah Seoul mengarahkan Geun-Hye ditahan atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa, memaksa dan membocorkan rahsia kerajaan selepas perbicaraan berterusan pada hari sebelumnya. Gambar televisyen menunjukkan bekas pemimpin itu kelihatan sugul dan hanya memandang ke hadapan sebaik meninggalkan pejabat pendakwa raya untuk penahanannya. Geun-Hye tiba di penjara dengan menaiki kereta sedan hitam sekitar jam 4.45 pagi waktu tempatan.- CARI |
ADVERTISEMENT