Syabas buat kerajaan Malaysia dalam usaha memastikan warga Malaysia yang terkandas di Pyongyang, Korea Utara akhirnya berjaya dibebaskan melalui perundingan yang dijalankan oleh Kmenterian Luar Negeri dengan Kerajaan Korea Utara.
Sembilan warga Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara telah selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat khas (M48-02) dari Pyongyang sekitar jam 5.03 pagi tadi. Memetik laporan Bernama, ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai khas Kerajaan dan kaum keluarga.
Warga Malaysia yang hadir ialah Penasihat Keselamatan Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain dan isteri, Iza Karmila Ramli serta tiga orang anak, Annur Zuaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah. Warga Malaysia lain termasuk Pembantu Tadbir, Nirmala Malar, Pembantu Peribadi Duta, Noor Saadiah, Ieda Jamaludin dan Mohamad Redzuan Othman. Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukurnya melalui akaun Twitternya: "Alhamdulillah Pesawat Khas membawa pulang 9 rakyat Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir."- CARI |
17
Bagus |
18
Marah |
8
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zidane_ziege replied at 31-3-2017 10:39 AM
so jibby x turun epot sambut mereka kah?
ADVERTISEMENT