"Memang benar dia dimasukkan ke hospital tetapi yang mengatakan dia sedang nazak sama sekali tidak benar." Siapa kata vokalis XPDC, Mael dalam keadaan nazak? Berikutan khabar angin yang menjadi bualan ramai itu, pengurusnya, Yazid berkata Mael hanya mendapatkan rawatan penyakit gout di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor hari ini (Rabu).
"Mael sedang mendapat rawatan di wad kecemasan kerana diserang penyakit gout dan keadaannya tidak membimbangkan. "Dia cuma ditahan doktor untuk dimasukkan air kerana badan Mael agak lemah," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Yazid ketika ini masih belum dapat memastikan sekiranya Mael akan terus ditahan di hospital atau dibenarkan pulang selepas keadaannya bertambah baik.
"Saya kini tidak berada dengannya dan hanya mendapat perkembangan situasi Mael menerusi perbualan telefon bersama rakan Mael yang menemaninya di hospital. "Rakannya memberitahu Mael berada dalam keadaan baik tetapi tidak pasti sama ada dia akan terus ditahan di hospital atau pun tidak," katanya. Menurut Yazid, sudah setahun Mael Menghidap penyakit berkenaan. Namun, penyakit itu menjadi bertambah teruk mungkin kerana Mael terlalu sibuk dengan persembahannya. Terdahulu, media sosial dibanjiri dengan khabar angin kononnya Mael berada dalam keadaan nazak selepas ditemui rebah tak sedarkan diri. Laju saja ya khabar angin tersebar. Apapun, semoga Mael segera sembuh dan kembali membuat persembahan seperti biasa. - CARI
|
16
Bagus |
8
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT