CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerap Telan Ubat Gigi, Budak Perempuan Hidap Sindrom Kuku Kuning

29-3-2017 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3031| Komen: 3

Description: Di Taiwan, seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dikesan menghidap penyakit sindrom kuku kuning akibat kerap telan ubat gigi.

Di Taiwan, seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dikesan menghidap penyakit sindrom kuku kuning. Namun apa yang menghairankan, punca utama kanak-kanak itu terkena sindrom tersebut adalah kerana kerap menelan ubat gigi dalam jangka masa yang panjang. 

 
Setelah menjalani pemeriksaan di hospital, kuku kanak-kanak itu disahkan mengandungi logam "titanium"" dan kes tersebut telah menjadi contoh kes pertama bagi kanak-kanak yang menghidap sindrom kuku kuning di Taiwan. 

Menurut laporan Apple Daily di Taiwan, sepanjang tahun ini, kanak-kanak perempuan itu pernah dimasukkan ke hospital akibat kuku berwarna kuning. 

Warna kuku kanak-kanak perempuan itu juga lebih kuning berbanding kuku normal. 

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga pernah mengalami penyakit batuk, sinusitis kronik, barah paru-paru dan sebagainya. 

Ahli keluarganya memberitahu kepada doktor bahawa kanak-kanak perempuan itu bukan sahaja amat suka menggunakan ubat gigi berperisa manis, malah gemar menelan ubat gigi yang telah digunakan semasa menggosok gigi. 


Menurut doktor, ubat gigi yang digunakan oleh kanak-kanak perempuan itu mengandungi titanium dioksida yang mengandungi pewarna tiruan. 


sumber foto: Apple Daily News

Difahamkan, setakat ini hanya terdapat 19 kes sindrom kuku kuning di seluruh dunia dan mereka yang menghidap penyakit sindrom kuku kuning lingkungan umurnya antara 40 hingga 60 tahun. 

Justeru itu, kes bagi kanak-kanak tersebut adalah yang ke-20 dan merupakan kes pertama yang disahkan akibat menelan ubat gigi. - CARI




15

Bagus
27

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 29-3-2017 04:56 PM
Ahli keluarganya memberitahu kepada doktor bahawa kanak-kanak perempuan itu bukan sahaja amat suka menggunakan ubat gigi berperisa manis, malah gemar menelan ubat gigi yang telah digunakan semasa menggosok gigi.
Yakkkkk.. pengotornye ko...
Quote Artemesiaa 29-3-2017 05:32 PM
Dah 9 tahun elok ajar je guna ubat gigi dewasa pedas nanti tak le dia menelannya lagi
Quote umbut 29-3-2017 08:00 PM
Budak tu kecik lagi.. X matang.. Mak pak kawal ler.. Jgn ikut ckp anak.. Gitau Baik buruk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050546 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top