CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nak Jumpa Sangat, Tapi Tak Nak Cakap" - Tun M Sindir Nazri

26-3-2017 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12988| Komen: 104

“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun."

Begitulah kata-kata sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu beria-ia mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu.


Foto: Bernama

Memetik Astro Awani, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, Padang Rengas, Perak, malam Sabtu.

Tun M melahirkan rasa hairannya kerana Nazri hanya berdiam diri dalam pertemuan singkat berkenaan, bahkan dia langsung tidak memandang wajahnya walaupun sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut menunggu beliau di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah selama empat jam bersama isteri.


“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa?" katanya.

Hampir 30 minit mereka meluangkan masa bersama di sebuah gerai cendol di Lembah Sungai Perak.

"Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tun M turut menyatakan keraguannya berhubung kebolehan Nazri memimpin negara.

“Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri (tapi) tak nampak macam kawasan menteri, kawasan sendiri pun tak tahu jaga,” katanya lagi. - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote catalina 26-3-2017 01:48 PM
Pekena cendol, senyap laa...
Quote Darien_Fawkes 26-3-2017 01:51 PM
''Itu Sungai Perak'' hahaha yg ni lawak
Quote L_Z 26-3-2017 01:51 PM
Quote olaoliolu 26-3-2017 01:53 PM
Kikikiki. Bisik pun taknak katanyaaaa.
Quote orenmango 26-3-2017 01:55 PM
Million dollar speech = itu sungai perak
Quote MacamMacamLa 26-3-2017 01:55 PM
tengok video , setakat gambar semua orang boleh buat macai macai
Quote dodolgemok 26-3-2017 01:59 PM
Gampang cmni mmg ret sembang kencang jah. Acah2 urban pakai rantai basikal cmtu, padahal kubor dah memanggil. Lepastu nak tunjuk meleis berugama, pakai la baju melayu dgan songkok. Ummah tgok pon sejuk jah mata kan?
Quote MacamMacamLa 26-3-2017 02:10 PM
dodolgemok replied at 26-3-2017 01:59 PM
Gampang cmni mmg ret sembang kencang jah. Acah2 urban pakai rantai basikal cmtu, padahal kubor dah m ...

Orang pakai songkok kau sakit hati sangat apahal ? itu antara dia dengan tuhan ,  kau hutang ptptn dah bayar ke ?
Quote chinta89 26-3-2017 02:12 PM
Darien_Fawkes replied at 26-3-2017 01:51 PM
''Itu Sungai Perak'' hahaha yg ni lawak

kah3... ak pun nk tersemburrrr air tebu d tgh hari yg panas ni
Quote Darien_Fawkes 26-3-2017 02:15 PM
chinta89 replied at 26-3-2017 02:12 PM
kah3... ak pun nk tersemburrrr air tebu d tgh hari yg panas ni

      
Quote pyropura 26-3-2017 02:17 PM
Sebab sembang kencang ler umno bole idup
Quote awaynepian 26-3-2017 02:33 PM
Kah kah ...
Quote shernazz 26-3-2017 02:37 PM
nape dia x tunjuk.skali pokoj kelapa..pokok pandan bagai?
Quote sebu1 26-3-2017 02:43 PM
Kahkah debat konon
Quote boyagombak 26-3-2017 02:44 PM
baghu hang hg tau no langit Kuale Kangso Padang Ghengas tu beso ker kecik
Quote sebu1 26-3-2017 02:46 PM
pendeta replied at 26-3-2017 01:31 PM

Aku x dpt bace. Jadi kabur bile aku zoom
Quote boyagombak 26-3-2017 02:50 PM
catalina replied at 26-3-2017 01:48 PM
Pekena cendol, senyap laa...

aaaaa errrrr hrmmmmm Tu sg Perak tu banyak boya. jd harap che Det x oayahla nk nyeberang ke Padang Rengas. bahaya tu Tun (Walhal dlm hati dh cuak kalau Tun pi melawat habehla pecah tembelang kaw mundur wpun Menteri yg pegang. kalau masuk berdebat, buah ni Tun bg oun dah terus jd bisu dan biul. So ada berani nk lawan lagi ka debat
Quote jazaa100 26-3-2017 04:01 PM
Darien_Fawkes replied at 26-3-2017 01:51 PM
''Itu Sungai Perak'' hahaha yg ni lawak

Aku pun ketawa mengekek ngekek tgok ayat ni....
Quote mieymiey 26-3-2017 04:04 PM
Itu sungai Perak jer??

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.089863 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top