Berikutan kes meroyan dihadapi ibu-ibu selepas bersalin baru-baru ini sehingga ada yang menyebabkan kematian bayi, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengusulkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.
“Kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya kerana dipercayai akibat Pospartum Psikosis atau meroyan. Janganlah kita biarkan lebih ramai yang meninggal baharu kita hendak bertindak sesuatu,” ujar Setiausaha Agungnya, J. Solomon yang menyifatkan cuti tujuh hari diperuntukkan untuk kakitangan kerajaan adalah tidak mencukupi, sementara cuti ihsan bagi kakitangan swasta bergantung kepada majikan masing-masing. “Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita teliti paternity leave kerana apa yang kita lihat masa sekarang untuk perkhidmatan awam mereka dapat tujuh hari, kadang-kadang ada negeri dua minggu dan di swasta kalau keutamaan dia bagi lima hari atau kurang, dan ada kebanyakan syarikat swasta tidak beri peluang bapa berada di sisi semasa anak dilahirkan. "Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu. Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga," katanya kepada Astro Awani. Tambah Solomon, kerajaan harus memberi perhatian kepada perkara-perkara asas seperti memberi sebulan cuti bersalin dengan gaji demi menjamin kebaikan dan dapat melahirkan generasi muda yang lebih sihat serta hubungan keluarga yang sihat demi masa depan Malaysia. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) merekodkan Norway sebagai negara paling banyak memberikan cuti bersalin bergaji untuk bapa iaitu selama 112 hari. - CARI
|
21
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
25
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aldilla_zahraa replied at 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu mera ...
aHoi83 replied at 25-3-2017 03:18 PM
I rase sbb satu dua org perangai gitu nk pukul rata utk semua jejanz pun tk bole. Sbb ade kawan2 ...
white_musk replied at 25-3-2017 03:01 PM
Cakap pasal akta ni, akak ada cadangan juga supaya waktu bekerja dalam seminggu dikurangkan Dari 48 ...
aldilla_zahraa replied at 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu mera ...
QIsmail replied at 25-3-2017 06:09 PM
I understand where they're coming from.
Tp masakla jugak. For gov the wife dh dpt 3 months, the h ...
aldilla_zahraa replied at 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu mera ...
aHoi83 replied at 25-3-2017 03:18 PM
I rase sbb satu dua org perangai gitu nk pukul rata utk semua jejanz pun tk bole. Sbb ade kawan2 ...
insulin replied at 25-3-2017 06:24 PM
X perlu tunggu bini beranak. Cuba perhatikan yang bini kerja cikgu. Seminggu ni bini bercuti, laki ...
ADVERTISEMENT