Lama tak mendengar khabar pelakon Fahrin Ahmad, terutama sejak anak sulungnya, Khalifa Fahrel lahir pada September tahun lalu.
Menerusi temubual bersama Harian Metro, Fahrin, 38 mendedahkan dia sengaja memperlahankan aktiviti seninya selama 6 bulan ini untuk menjaga anak dan isterinya. “Saya baru bergelar bapa dan pastinya saya tidak mahu terlepas melihat anak sulung kami ini membesar depan mata pada peringkat awal usianya. “Sepanjang tempoh berehat itu, saya membantu isteri Elena Hani Eleas sejak awal kehamilan hinggalah dia selamat melahirkan anak kami,” katanya.
Katanya lagi, dia mahukan isteri, Elena Hani Eleas memberi fokus buat anak sulung mereka dan itu antara sebab dia membenarkan Elena berhenti kerja sebelum ini. “Bayi kami juga menyusu badan sepenuhnya dan kalau boleh, saya memang tidak tidak mahu anak kami dijaga pengasuh. Sebab itu, saya tidak kisah isteri berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian pada anak kami di rumah,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Fahrin mengakui tidak terlalu gemar berkongsi gambar anaknya di media sosial secara berlebihan. “Anak saya juga tidak mempunyai akaun Instagram sendiri. Jika peminat mahu melihat perkembangan anak, mereka boleh melihatnya di Instagram saya dan isteri," katanya yang turut tidak menolak untuk pertimbangkan jika ada pihak berminat mengambil anaknya sebagai duta. - CARI |
41
Bagus |
22
Marah |
29
Terkejut |
18
Sedih |
24
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Andyscenes replied at 24-3-2017 11:39 AM
Cam mona fandy
Andyscenes replied at 24-3-2017 11:39 AM
Cam mona fandy
onexox97 replied at 24-3-2017 12:06 PM
dua dua nampak tua tapi ada baby kecik
idakamaruddin replied at 24-3-2017 12:12 PM
hadoiii ko ni dik andy..br iols tersengih2 tgk kecomelan anak deyols..tetibe bc komen ni scroll bl ...
ADVERTISEMENT