Nampaknya tahun ini, pelakon Idris Khan, 28 bakal melebarkan sayap kariernya apabila ditawarkan membintangi sebuah drama bersiri berkonsepkan epik.
Yang lebih membanggakan, ia merupakan produksi luar negara dan tidak berhenti setakat itu, lakonannya itu nanti akan disiarkan menerusi servis televisyen internet popular, Netflix. "Alhamdulillah, tahun ini saya akan berlakon dalam sebuah siri televisyen untuk siaran Netflix. Saya membawa watak pembantu dalam siri terbabit. "Penggambarannya akan dijalankan pada Mei atau Jun depan di sekitar Kuala Lumpur dan juga di luar negara," ujarnya kepada Berita Harian. Tambah Idris, meskipun kini terbabit dengan perniagaan, namun bidang lakonan tetap menjadi minat dan keutamaannya. Malah dia mendedahkan bakal mengikuti kursus pendek dalam bidang lakonan di luar negara. "Saya akan ke London, sama ada tahun ini atau tahun depan. Ada beberapa institusi seni yang saya sudah kenal pasti untuk tujuan itu. Ia akan mengambil masa selama dua minggu atau sebulan, bergantung kepada jenis kursus diikuti," katanya lagi. - CARI |
GegarVaganja replied at 22-3-2017 11:27 AM
Jgn tiba2 keluar tv series pastu kau ada scene full fontal nude udah la
ADVERTISEMENT