Anggota polis memeriksa kedai emas yang dirompak dekat zon bebas cukai, pagi semalam. RANTAU PANJANG – Seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila kedai emasnya dipecah masuk, awal pagi semalam. Lebih menyedihkan apabila mangsa terpaksa menanggung kerugian tersebut kerana ia tidak dilindungi insuran. Peniaga, Hasnan Yaakub, 47, turut terkilan kerana kamera litar tertutup yang baru diperoleh tidak sempat dipasang sebelum perayaan lalu. Menurutnya, kedai yang dibuka berhampiran zon bebas cukai dipercayai diumpil sekitar jam 2 hingga 5 pagi. Sebaik membuka kedai jam 9.30 pagi itu, Hasnan berkata dia mendapati ruang pameran berselerak dan kesemua cincin serta jam tangan hilang. “Saya percaya lebih dua penjenayah menceroboh kedai saya, tapi mujurlah mereka tidak memecahkan peti besi di dalam kedai ini. “Sejak menapak di sini hampir 10 tahun lalu, ini merupakan kejadian kelima dan terbesar yang pernah saya alami,” katanya. Sebelum ini Hasnan berkata, dia pernah kerugian sebanyak RM 50,000 apabila beberapa lagi kedai emas dalam pasar turut dirompak. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek. “Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 50,000. “Dipercayai lebih dua penjenayah terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis dan mencuri,” katanya. Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda.
|
11
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT