CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 4

[Tempatan] {10}RM100k lesap: Kedai emas dah 10 tahun ,tiada insuran & CCTV!

[Copy link]
Post time 15-8-2013 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis memeriksa kedai emas yang dirompak dekat zon bebas cukai, pagi semalam.                                                                                                                                    

RANTAU PANJANG – Seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila kedai emasnya dipecah masuk, awal pagi semalam.
        
        Lebih menyedihkan apabila mangsa terpaksa menanggung kerugian tersebut kerana ia tidak dilindungi insuran.
        
        Peniaga, Hasnan Yaakub, 47, turut terkilan kerana kamera litar tertutup yang baru diperoleh tidak sempat dipasang sebelum perayaan lalu.
        
        Menurutnya, kedai yang dibuka berhampiran zon bebas cukai dipercayai diumpil sekitar jam 2 hingga 5 pagi.
        
        Sebaik membuka kedai jam 9.30 pagi itu, Hasnan berkata dia mendapati ruang pameran berselerak dan kesemua cincin serta jam tangan hilang.
        
        “Saya percaya lebih dua penjenayah menceroboh kedai saya, tapi mujurlah mereka tidak memecahkan peti besi di dalam kedai ini.
        
        “Sejak menapak di sini hampir 10 tahun lalu, ini merupakan kejadian kelima dan terbesar yang pernah saya alami,” katanya.
        
        Sebelum ini Hasnan berkata, dia pernah kerugian sebanyak RM 50,000 apabila beberapa lagi kedai emas dalam pasar turut dirompak.
        
        Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek.
        
        “Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 50,000.
        
        “Dipercayai lebih dua penjenayah terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis dan mencuri,” katanya.
        
        Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda.

p/s bisnes dulu, yg lelain kendian, CCTV, insuran, guard...sume maen tawakkal jer...

Last edited by tongkatwaran75 on 15-8-2013 11:56 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2013 11:58 AM | Show all posts
aku ingat dia yakin dah `pagar' kedai...
5 kali kecurian masih beroperasi...
untung besar kedai emas nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:00 PM | Show all posts
salah siapa?

sapo suruh x amik insuran..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:01 PM | Show all posts
uittt sampai 5 kali kena rompak baru nak pasang cctv....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 12:04 PM | Show all posts
seroja11 posted on 15-8-2013 12:01 PM
uittt sampai 5 kali kena rompak baru nak pasang cctv....

dah 10 tahun meniaga...
org melayu mmg tinggi sifat tawakkalnyer...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059547 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list