Padah kerana menganggu dan juga menunjukkan isyarat lucah kepada isteri orang, seorang lelaki Pakistan dibelasah orang awam sebelum ditahan polis di Simpang Tiga Kedai Mulong, Kelantan kelmarin.
Memetik laporan Sinar Harian, suspek yang bekerja sebagai penjaga kaunter didakwa menanyakan soalan berbaur lucah kepada mangsa ketika membuat bayaran di sebuah kedai runcit. Dia juga dilaporkan menunjukkan isyarat lucah dengan jari kelengking serta membuat perbandingan dengan suami mangsa. Mangsa kemudian memberitahu adiknya yang berusia 20-an sebelum adiknya itu memberi amaran kepada suspek. Difahamkan ketika itu suspek menafikan dan berlaku pergelutan sebelum suspek mengeluarkan kayu dan memukuk adik wanita itu. Selepas kejadian, adik mangsa sekali lagi datang dan memberi amaran supaya suspek tidak membuat gangguan seksual terhadap mangsa dan orang kampung.
Suspek dikatakan menjadi berang sebelum mengambil pisau namun sempat ditahan adik mangsa. Orang awam yang melihat kejadian itu datang membantu adik mangsa dan membelasah suspek. Kini Ssuspek dalam tahanan polis untuk tindakan selanjutnya. - CARI |
18
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
suspek menunjukkan isyarat jari kelengkeng yang menggambarkan perbandingan kemaluan suami mangsa dengan suspek.
ADVERTISEMENT