Masih belum reda dengan kisah Rita Rudaini dengan pelakon Aqasha, kali ini nama Rozita Che Wan pula terpalit sama. Selebriti jelita yang mesra dengan panggilan Che Ta ini dikatakan menyerang dan menggelar Rita sebagai 'betina' melalui Instagram isteri Aqasha iaitu Baizura Sabri.
Disebabkan itu, netizen mula membuat spekulasi yang Che Ta dan Rita Rudaini sebenarnya bergaduh antara satu sama lain. Namun kesal dengan tuduhan itu, aktres drama Kiah Pekasam ini tampil membela diri. "Ada orang tag saya di laman Instagram Baizura, saya hanya membaca apa yang berlaku dan meninggalkan komen secara umum. Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya lagi dia tidak tahu secara terperinci tentang apa yang berlaku dan menegaskan tiada sebarang isu dengan Rita. "Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan." Walaupun status tersebut sudah dipadam, sejujurnya Che Ta serik dengan kejadian itu dan akan lebih berhati-hati dalam memberikan komen di masa akan datang. Penjelasan sudah diberi, harap-harap semua pihak faham dan tidak lagi memanjangkan isu berkenaan. -CARI
|
22
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
16
Sedih |
21
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 20-3-2017 08:16 PM
Kalau tak tau sape yg dimaksudkan..cmna ampa tauuu betina tu takdak lakiii
kucen_miang replied at 20-3-2017 09:33 PM
Nekta..nekta..tunggu anak hang mr bean tu sangkut ngan mak jand nnt baru hang taww
ADVERTISEMENT