Jika berkunjung ke Thailand, sudah tentu anda tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba bebola keledek manis.
Bukan sahaja di negara tersebut, malah bebola bertekstur kenyal ini popular di sini. Kalau pergi ke Cameron Highlands atau Petaling Street KL, banyak kedai yang menjualnya. Rasanya yang mengasyikkan ditambah pula dimakan panas-panas, memang terbaik! Malas nak keluar membelinya? Apa kata buat sahaja sendiri di rumah. Rujuk resipi di bawah: Bahan-Bahan 450 g keledek direbus dan dilecek 1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras 1/4 cawan gula 1 sudu teh serbuk penaik Minyak untuk menggoreng Cara-Cara 1. Satukan semua bahan sehingga menjadi doh lembut 2. Bentukkannya seperti bebola kecil 3. Sapukan sedikit tepung diatas dulang supaya bebola tidak melekat 4. Goreng sehingga kekuningan Bebola akan timbul jika sudah masak. Siap! Hidangkannya bersama air kopi atau teh untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba. -CARI Kredit Resipi :Patyskitchen
|
19
Bagus |
29
Marah |
26
Terkejut |
27
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 27-3-2017 07:54 PM
Ala2 kuih cekmek molek?
Tp xda inti
jazaa100 replied at 27-3-2017 09:14 PM
Kuih cek mek molek bubuh tepubg pulut ke pearl....
Yg ni bubuh tepung pulut & tepung beras
pearl.silver replied at 27-3-2017 09:39 PM
Haha..
Jd ni versi koci keledek xda inti yg goreng laa
jazaa100 replied at 27-3-2017 11:15 PM
Tak jugak sbb kuih koci tak bubuh tepung beras....
Tepung beras lebih byk dari tepung pulut...
...
pearl.silver replied at 16-7-2017 10:20 AM
Warna bola2 ni sangat oren..geram tengok.
X ikut sukatan.tepung beras dlm sesudu, selebihnya tepu ...
putu replied at 30-7-2017 11:27 PM
Time goreng tak meletup2 dan merekah ka?
pearl.silver replied at 31-7-2017 06:18 AM
X letup pun awk..tepung saya sikit kot..dah rasa yg kat cameron tu, liat mcm kuih bom..sy punya x ...
putu replied at 1-8-2017 06:40 AM
Resepi lebih kurang macam kuih bom kan. Bila sy goreng meletup2 dan merekah. Padahal dh salut bi ...
ADVERTISEMENT