Dek kerana tak tahan cuasa terlampau panas, seorang pelancong wanita dari Britain bertindak menanggalkan pakaiannya. Leonie Graves, 35, bagaimanapun memohon maaf kerana mencetuskan kekecohan rakyat Bangkok, Selasa lalu.
Memetik Mail Online, dia terpaksa dikejar polis sejauh satu kilometer dan apabila dia berjaya ditahan di persimpangan Jalan Khao San, polis memberinya kain sarung untuk dipakai. Leonie kemudiannya dibawa ke hospital untuk diperiksa. Menerusi satu rakaman video memaparkan wanita itu sedang berlari dalam keadaan berbogel dan mengejutkan orang ramai di sepanjang perjalanan itu serta penumpang bas.
Dalam perbualan telefon dengan Daily Mail, semalam, Leonie enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. "Terima kasih kerana menghubungi saya, tetapi keadaan saya baik saja dan saya tak mahu bercakap dengan sesiapa. "Saya hanya melakukan apa yang saya mahu buat," katanya. Leonie tiba di Thailand dari Bali pada 6 Mac lalu selepas berbalah dengan ibunya. Jurucakap polis Thailand, Wiroht Kunchai berkata Leonie hanya kepanasan dan dia memohon maaf kerana mencetuskan masalah. - CARI |
11
Bagus |
18
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT