CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wabak H5N1 Di Kelantan Diisytihar Bencana Negeri

16-3-2017 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3944| Komen: 16

Wabak selesema burung atau virus Avian Influenza (H5N1) yang melanda Kelantan diisytiharkan kerajaan negeri sebagai bencana negeri mengikut Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20). 



Foto: TuoiTreNews

Memetik portal BH online, mereka mengambil keputusan itu menerusi mesyuarat EXCO di Kota Bharu, semalam, kerana wabak berkenaan semakin merebak sehingga membabitkan 23 kampung di empat daerah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, menerusi MKN 20, semua agensi terbabit akan digerakkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia dari terus merebak.


Foto: BH Online

"Wabak berkenaan merebak dengan cepat meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah mengambil langkah awal sebaik ia disahkan positif di Kampung Pulau Tebu, di sini. 

"Dua daerah terbaru yang dikesan adalah di Kampung Dusun Durian, Bachok dan Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh. Kota Bharu menjadi daerah paling tinggi iaitu membabitkan 18 kampung setakat ini," katanya.

Sebagai langkah pencegahan, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dilupuskan membabitkan 129 premis. - CARI
13

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
27

Sedih
32

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dinopower 15-3-2017 06:08 PM
salah umno n bijan la nih...
Quote jiwarasa 15-3-2017 06:18 PM
dinopower replied at 15-3-2017 06:08 PM
salah umno n bijan la nih...



bala ke ujian tuhan?


Quote hambaallah1709 15-3-2017 06:22 PM
risau pulak ...
punca utama sebab unggas ke?
jap google binatang ape tu
Quote jazaa100 15-3-2017 06:27 PM
Kelantan pun kena ke?....

Aku ingat kat perak je yg menular wabak ni.....
Quote jazaa100 15-3-2017 06:30 PM
dinopower replied at 15-3-2017 06:08 PM
salah umno n bijan la nih...

Tu komen sorang forummer yg guna mn batm***

Klu nenek kena rogol pun disalahkn umno & najib & rm2.6bill yg hilang tu...


Takkn kau pun dah berjangkit dia....


Quote WhiskeyScotch 15-3-2017 06:36 PM
Edited by WhiskeyScotch at 15-3-2017 10:38 AM

Adakah penyakit selesema burung di Malaysia?

Malaysia bebas dari penyakit selesema burung sehingga Ogos 2004 apabila kes pertama dikesan di Kelantan. Penyakit ini telah berjaya di benteras dengan segera dan Malaysia diiktiraf bebas dari penyakit ini pada 5 Januari 2005. Kes terpencil sekali lagi dilaporkan kira-kira satu tahun kemudian di Kuala Lumpur yang sedang dibasmikan. Kini 2017, virus selesema burung ini kembali lagi dengan lebih parah dan mengganas di Kelantan Darul Naim (Yang ni I tambah).


Apakah tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas?

· Murung dan kurang selera

· Batuk, bersin dan lelehan dari hidung

· Bengkak di kepala, balung, pial dan kaki

· Balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu

· Cirit berwarna kehijauan

· Pengeluaran telur jatuh

· Dalam kes yang teruk kematian mengejut berlaku dan kadar kematian tinggi


Bagaimana penyakit ini merebak?

· Burung hijrah

· Pergerakan unggas yang terjangkit.


Apakah risiko jangkitan berlaku kepada manusia?

Virus avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang boleh terjangkit apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas terjangkit dan najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia, kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada unggas dan burung liar.


Siapakah yang berisiko?

Orang-orang yang bekerja dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang mengendali daging mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko jangkitan. Langkah-langkah pencegahan ialah:

· Guna pakaian perlindungan yang lengkap (sarung tangan, gogal, kasut but, topeng, cover-all)

· Sentiasa membasuh tangan

· Kendali daging mentah dan produk dengan bersih


Adakah daging ayam selamat untuk dimakan?

Daging ayam itik dan telur yang dikeluarkan secara komersial di Negara ini adalah selamat untuk dimakan. Kes yang terjadi di Negara kita adalah terhad kepada ayam yang lepas bebas. Malah tidak ada bukti bahawa dengan memakan daging ayam itik dan telur boleh menyebabkan penyakit selesema burung, namun adalah wajar daging dan telur dimasak secukupnya. Produk mentah perlu dikendalikan secara bersih terutama di tempat berlakunya wabak.

Sumber lanjut:
http://www.jpvpk.gov.my/index.ph ... itu-selesema-burung

Quote Mary_jane 15-3-2017 07:21 PM
Sis @famri7 jangan makan ayam deh.
Quote Mary_jane 15-3-2017 07:23 PM
Baru tahun lepas sorang kawan i disyaki infected h1n1. Tapi kuarantin kat rumah sajok.
Quote shamsadis 15-3-2017 07:50 PM
Negeri pakatan rakyat ke tu
Quote dinopower 15-3-2017 07:53 PM
Mary_jane replied at 15-3-2017 07:21 PM
Sis @famri7 jangan makan ayam deh.

sis @famri7 kan ibu ayam... apa ade kesah  
Quote sofiazara 15-3-2017 08:07 PM
skrg ni ramai ILI je
dan kpk pun ada ke buat press statement?
Quote Mary_jane 15-3-2017 09:52 PM
dinopower replied at 15-3-2017 07:53 PM
sis @famri7 kan ibu ayam... apa ade kesah

Tak baik fitnah jelmaan oprah.

Quote famri7 16-3-2017 12:16 AM
dinopower replied at 15-3-2017 11:53 AM
sis @famri7 kan ibu ayam... apa ade kesah

Islamiyah tapi masih kena cash..mesti seasutu sngt sis
Quote famri7 16-3-2017 12:16 AM
Mary_jane replied at 15-3-2017 11:21 AM
Sis @famri7 jangan makan ayam deh.

Saya vegetarian xda makna nk makan mahluk elohim.
Quote dinopower 16-3-2017 07:04 AM
famri7 replied at 16-3-2017 12:16 AM
Islamiyah tapi masih kena cash..mesti seasutu sngt sis

kena kat org lain bala sis.... kena diri sendiri tu ujian.... balak sapu sis...
Quote chinta89 16-3-2017 08:43 AM
WhiskeyScotch replied at 15-3-2017 06:36 PM
Adakah penyakit selesema burung di Malaysia?

Malaysia bebas dari penyakit selesema burung sehingg ...

terima kasih info.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072003 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top