|
Hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik berjaya mengesan kegiatan menanam ganja secara haram oleh seorang buruh tempatan berusia 30-an di rumah sewaannya yang terletak di Kampung Cheras Baru.
Memetik laporan Bernama, taktik menanam pokok ganja bersama tanaman cili dalam pasu yang sama akhirnya terbongkar ketika serbuan yang dijalankan pada 9.10 malam Isnin lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemukan dua pokok ganja dengan ketinggian 47 hingga 60 sentimeter ditanam bersama pokok cili di dalam sebuah pasu besar di halaman rumah. "Polis juga menemukan tiga batang anak pokok dengan ketinggian antara 10 sehingga 25 sentimeter yang ditanam dalam bekas kecil yang diletakkan di atas pam tandas rumah itu." Di samping itu, sepaket plastik berisi ceraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 4.80 gram yang telah diproses dan bernilai RM100 serta beberapa benih pokok ganja turut dirampas.
Susulan itu, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Mac ini bagi membantu siasatan. Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 6 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.- CARI |
|
35
![]() Bagus |
34
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
25
![]() Sedih |
23
![]() Lawak |
28
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

1 amoi rabun pi petik n rebus sbb dia ingatkan daun teh..abis smua yg minum trbongkang mabuk..


CiliPadiSedap replied at 15-3-2017 06:43 PM
hurm dpt idea, lot ganja..
invest tanam dekat utara thailand..
..polis buat ape dgn dadah tu? seriously 
manjalara_01 replied at 15-3-2017 07:05 PM
menarik info..out of curiosity bile polis dpt tangkap pengedar dadah or yg seangkatan dgnnye..
st ...

pokok cili tu mesti rasa best setiap masa bau ganja 

hzln replied at 15-3-2017 06:26 PM
Menyahut seruan kerajaan ni...cili mahal, tanam sendiri pokok cili....ganja mahal, tanam sendiri pok ...

sukacactus replied at 16-3-2017 06:48 AM
Nampak subur tanaman dia...pandai dia jaga

Ganja ni sbnarnya banyak manafaat dia berbanding keburukan yang salah guna tu.. Malaysia je bodoh semua benda nak haram.. Haram perbuatan salah guna tu je dah la... Tak perlu la nak haramkan daun ganja tu... Bongok!!
ADVERTISEMENT