Pernah tak rasa macam 'tension' saja apabila menggunakan aplikasi perbankan atas talian mudah alih? Fungsinya yang padat dan kompak memudahkannya diakses di mana sahaja bagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan fungsinya tidak seratus peratus sama dengan versi desktop.
Anda pemegang akaun Maybank? Pernahkah anda menggunakan aplikasi Maybank mudah alih sama ada menerusi peranti android mahupun iOS? Pasti pernah, bukan? Jadi, apa yang perlu anda tahu dan harapkan dari aplikasi Maybank baru yang 'diupgrade' dan akan dilancarkan pada Khamis ini? Jom tengok! 1. Interface dan Fungsi
Aplikasi Maybank baru menampilkan antara muka atau interface lebih 'cool' dan 'simple' dengan fungsi lebih mudah dan PANTAS! Selain interface dan kaedah transaksi lebih simple dan mudah, ia juga lebih pantas dari aplikasi terdahulu. Malah, anda akan rasa seronok dengan aplikasi baru dari Maybank ini. 2. Keselamatan Untuk menambah ciri keselamatan, peranti anda akan disambungkan secara terus dengan akses Maybank2u. Ini bermaksud peranti mudah alih lain tidak dapat mengakses akaun Maybank2u anda. Agak melecehkan tetapi demi keselamatan pelanggan, kaedah ini mampu melindungi anda dari cubaan anasir luar cuba mengakses akaun anda. 3. Akses Pantas (Quick Touch) Sekiranya anda hanya mahu memeriksa baki akaun, anda tak perlu bersusah memasukkan kata laluan, sebaliknya ia hanya memerlukan cap jari anda sahaja! Pantas, bukan? 4. History Portal Maybank2u dan aplikasi Maybank mudah alih terdahulu memaksa anda untuk melihat keseluruhan history bagi transaksi hanya untuk melihat history bagi satu pembayaran sahaja. Dengan aplikasi baru ini, semua history pembayaran akan dipaparkan bagi setiap perkhidmatan yang sudah direkod sebagai favourite. Atau, jika anda ingin melihat keseluruhan transaksi terdahulu, anda hanya perlu klik pada nombor akaun anda dalam menu Accounts. 5. Tambah Nilai Prepaid Leceh kalau nak menghafal nombor telefon orang lain. Melambatkan proses tambah nilai saja, bukan. Jangan risau, Maybank menyediakan sistem baru di mana anda hanya perlu tekan simbol Nombor Telefon di sebelah bawah perkhidmatan Telco untuk memilih nombor telefon rakan anda. Anda perlu rasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi baru Maybank ini, baru boleh feel. Bila dapat alaminya sendiri? Maybank akan melancarkan aplikasi baru ini pada Khamis, 16 Mac 2017. Serius best! - CARI
|
35
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 15-3-2017 02:01 PM
Klu nk transfer duit guna apps hanya pd favourit kan?
Iols terkial2 waktu mula guna apps. Last2 gun ...
emelia1509 replied at 15-3-2017 02:53 PM
Ye betul..Rasa semua apps bank mmg kena add dulu account no as a peberet..then baru la bole guna a ...
ADVERTISEMENT