CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3217|Reply: 12

Aplikasi 'Baharu' Maybank, Apa Yang Best Dan Anda Perlu Tahu?

[Copy link]
Post time 15-3-2017 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tak rasa macam 'tension' saja apabila menggunakan aplikasi perbankan atas talian mudah alih? Fungsinya yang padat dan kompak memudahkannya diakses di mana sahaja bagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan fungsinya tidak seratus peratus sama dengan versi desktop.


Anda pemegang akaun Maybank? Pernahkah anda menggunakan aplikasi Maybank mudah alih sama ada menerusi peranti android mahupun iOS? Pasti pernah, bukan?








Jadi, apa yang perlu anda tahu dan harapkan dari aplikasi Maybank baru yang 'diupgrade' dan akan dilancarkan pada Khamis ini? Jom tengok!




1. Interface dan Fungsi






Aplikasi Maybank baru menampilkan antara muka atau interface lebih 'cool' dan 'simple' dengan fungsi lebih mudah dan PANTAS!


Selain interface dan kaedah transaksi lebih simple dan mudah, ia juga lebih pantas dari aplikasi terdahulu. Malah, anda akan rasa seronok dengan aplikasi baru dari Maybank ini.




2. Keselamatan


Untuk menambah ciri keselamatan, peranti anda akan disambungkan secara terus dengan akses Maybank2u. Ini bermaksud peranti mudah alih lain tidak dapat mengakses akaun Maybank2u anda. Agak melecehkan tetapi demi keselamatan pelanggan, kaedah ini mampu melindungi anda dari cubaan anasir luar cuba mengakses akaun anda.




3. Akses Pantas (Quick Touch)










Sekiranya anda hanya mahu memeriksa baki akaun, anda tak perlu bersusah memasukkan kata laluan, sebaliknya ia hanya memerlukan cap jari anda sahaja! Pantas, bukan?




4. History


Portal Maybank2u dan aplikasi Maybank mudah alih terdahulu memaksa anda untuk melihat keseluruhan history bagi transaksi hanya untuk melihat history bagi satu pembayaran sahaja.


Dengan aplikasi baru ini, semua history pembayaran akan dipaparkan bagi setiap perkhidmatan yang sudah direkod sebagai favourite. Atau, jika anda ingin melihat keseluruhan transaksi terdahulu, anda hanya perlu klik pada nombor akaun anda dalam menu Accounts.









5. Tambah Nilai Prepaid


Leceh kalau nak menghafal nombor telefon orang lain. Melambatkan proses tambah nilai saja, bukan. Jangan risau, Maybank menyediakan sistem baru di mana anda hanya perlu tekan simbol Nombor Telefon di sebelah bawah perkhidmatan Telco untuk memilih nombor telefon rakan anda.











Anda perlu rasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi baru Maybank ini, baru boleh feel. Bila dapat alaminya sendiri? Maybank akan melancarkan aplikasi baru ini pada Khamis, 16 Mac 2017. Serius best! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ada brapa ringgit tu..xnampak la...
lannje sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 01:48 PM | Show all posts
gaji editor cari forum RM 15 000.. bestnya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu buka pkai browser je..xprnh download app mybnk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk transfer duit guna apps hanya pd favourit kan?
Iols terkial2 waktu mula guna apps. Last2 guna browser gk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 15-3-2017 02:01 PM
Klu nk transfer duit guna apps hanya pd favourit kan?
Iols terkial2 waktu mula guna apps. Last2 gun ...

Ye betul..Rasa semua apps bank mmg kena add dulu account no as a peberet..then baru la bole guna apps tuk transfer..sama tuk bayar bil jugak..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
emelia1509 replied at 15-3-2017 02:53 PM
Ye betul..Rasa semua apps bank mmg kena add dulu account no as a peberet..then baru la bole guna a ...

Cimb boleh add nombor akaun lain klu nk buat transfer..xperlu favourite dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak..belum update lagi..esok ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa maybank bayar buat free iklan sini dik?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 03:30 PM | Show all posts
menyusahkan je nak transfer duit pun susah.. kena gak pakai yg biasa punya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 03:35 PM | Show all posts
maybank 2 u ke nie..??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lah check nama titi dengan no acc tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela i tak suka m2u app mobile sebab bila nak transfer kena favorite dulu. Patut maybank upgrade tang tu dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.824508 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list