CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Harga Siling Bagi Ikan Kembung- Ahmad Shabery

14-3-2017 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2192| Komen: 2


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya tidak akan menetapkan harga siling bagi “ikan rakyat” termasuk kembung yang kini mula meningkat di pasaran.


"Hanya pada waktu tertentu kerajaan akan mengawal pengeluaran ikan rakyat seperti larangan eksport dalam tempoh tiga bulan sepanjang musim perayaan."

Memetik laporan Bernama, jelas Datuk Seri Ahmad Shabery, kenaikan harga ikan rakyat terutama kembung pada ketika ini didorong oleh faktor pendaratan ikan yang kurang berikutan masih dalam tempoh musim tengkujuh.

Shabery menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar-BN) berhubung isu kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini dan sampai bila ia akan berterusan.

Ahmad Shabery juga menjelaskan bahawa kenaikan harga mendadak itu tidak berpanjangan, dijangka selesai sebaik musim tengkujuh tamat.


Beliau turut memaklumkan kementerian dan agensi berkaitan sudah mengambil langkah kawalan, dengan menyediakan stok penimbal ikan rakyat untuk dipasarkan ketika musim tengkujuh.- CARI


15

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 15-3-2017 02:17 PM
berbuih-buih mulut tiap kali bagi statement
Quote mawarmatahari 15-3-2017 02:19 PM
so apa gunanya ada KPDNKK????Setakat nak check harga je ke????Kalo nak setakat check, baik bubarkan je Kementerian tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068118 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top