View: 1262|Reply: 2
|
Tiada Harga Siling Bagi Ikan Kembung- Ahmad Shabery
[Copy link]
|
|
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya tidak akan menetapkan harga siling bagi “ikan rakyat” termasuk kembung yang kini mula meningkat di pasaran.
"Hanya pada waktu tertentu kerajaan akan mengawal pengeluaran ikan rakyat seperti larangan eksport dalam tempoh tiga bulan sepanjang musim perayaan."
Memetik laporan Bernama, jelas Datuk Seri Ahmad Shabery, kenaikan harga ikan rakyat terutama kembung pada ketika ini didorong oleh faktor pendaratan ikan yang kurang berikutan masih dalam tempoh musim tengkujuh.
Shabery menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar-BN) berhubung isu kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini dan sampai bila ia akan berterusan.
Ahmad Shabery juga menjelaskan bahawa kenaikan harga mendadak itu tidak berpanjangan, dijangka selesai sebaik musim tengkujuh tamat.
Beliau turut memaklumkan kementerian dan agensi berkaitan sudah mengambil langkah kawalan, dengan menyediakan stok penimbal ikan rakyat untuk dipasarkan ketika musim tengkujuh.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
berbuih-buih mulut tiap kali bagi statement |
|
|
|
|
|
|
|
so apa gunanya ada KPDNKK????Setakat nak check harga je ke????Kalo nak setakat check, baik bubarkan je Kementerian tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|