Setelah melakukan upacara ritual di kawasan pantai pada Ahad lalu yang dikatakan untuk melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara, terbaru Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' sekali lagi melakukan upacara ritual tetapi kali ini di luar perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.
Memetik laporan The Star, 'Raja Bomoh' menjadi tumpuan media apabila dia tiba di luar perkarangan institut itu kira-kira pukul 6 petang Isnin dan seperti biasa dia melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca doa sebelum beredar lima minit kemudian. Dilaporkan sepanjang upacara ritual itu dilakukan, dia membiarkan jurukamera dari pelbagai media mengambil gambar dan selepas selesai upacara, dia benarkan semua petugas media yang berada di lokasi mengambil satu gambar bersamanya, kemudian barulah meninggalkan tempat itu dengan menaiki kereta mewahnya tanpa membuat sebarang kenyataan kepada media. - CARI
|
11
Bagus |
16
Marah |
7
Terkejut |
18
Sedih |
22
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
atira replied at 14-3-2017 12:40 PM
kenapa benda syirik dan khurafat begini jabatan agama tak kisah..
gebang konon nak ambik tindakan ...
CiliPadiSedap replied at 14-3-2017 01:29 PM
sedih ada org mental cmni. dulu kena marah dengan perempuan
surwanis replied at 14-3-2017 09:43 AM
ape hebatnye die nih
berjaya ke pun setiap aktiviti kebomohan die nih
merapu meraban jek
kelana36 replied at 13-3-2017 05:56 PM
dia ni famous dari zaman 80 an dulu. masa tu ada banyak tabloid mingguan macam bacaria, watan, ban ...
Simunggu replied at 14-3-2017 01:34 PM
biarkan lah bomoh tu...asal dia happy...
ADVERTISEMENT