CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Bomoh, Jangan Bagi Orang Banjar Marah!!!

5-5-2015 10:56 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 18157| Komen: 141

Description: Azlan berkata, kenyataan dikeluarkan Ibrahim iaitu ‘Orang Banjar tidak bernegeri’ memang keterlaluan dan seolah-olah masyarakat Banjar adalah kaum pendatang yang tidak diiktiraf.
'Jangan bagi urang Banjar sarik!’


Azlan (empat, kanan) bersama 30 pemuda Banjar Kerian mendesak Raja Bomoh menarik balik kenyataan biadab menghina Mufti Perak dan masyarakat Banjar.

BAGAN SERAI - “Raja Bomoh jangan bagi urang (orang) Banjar sarik (marah)!”

Demikian kenyataan tegas Kelab Kulaan Malaysia, Azlan Che Lob mewakili lebih 30 pemuda masyarakat Banjar di daerah Kerian sewaktu ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap Raja Bomoh, Ibrahim Md Zin.

Kelmarin, Ibrahim mengeluarkan kenyataan menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan menyifatkan masyarakat Banjar sebagai kaum yang tidak bernegeri melalui laman sosial.

Kenyataan balas itu dikeluarkan Ibrahim susulan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak menetapkannya sebagai sesat.

Azlan berkata, kenyataan dikeluarkan Ibrahim iaitu ‘Orang Banjar tidak bernegeri’ memang keterlaluan dan seolah-olah masyarakat Banjar adalah kaum pendatang yang tidak diiktiraf.

Menurutnya, tindakannya menghina Mufti Perak juga dianggap perbuatan biadab dan mengundangkan kemarahan masyarakat Banjar.

“Kami tampil membuat laporan polis meminta agar Raja Bomoh memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya. Dia kena sedar, kaum Melayu, suku Banjar, Bugis Mendaling dan sebagainya adalah satu masyarakat yang bertamadun dan telah lama wujud membangunkan Malaysia.

“Sebagai salah satu kaum yang diiktiraf di Malaysia dan menjadi sebahagian rakyat Perak, kami pemuda masyarakat Banjar mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan terhadap masyarakat Banjar termasuk menggelarkan Mufti Perak yang berbangsa Banjar dengan gelaran tidak sepatutnya,” katanya sewaktu ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kerian semalam.

Azlan berkata, di Kerian sahaja, hampir 80 peratus populasi penduduk masyarakat Banjar dan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim pastinya mengguris perasaan mereka yang sudah berbakti di negara ini sejak berkurun lamanya.

Katanya, masyarakat Banjar juga menyokong dan berdiri teguh di belakang Mufti Perak yang menolak serta tidak bersekongkol dengan apa sahaja bentuk perbuatan khurafat dan ajaran sesat.

“Kami bagi tempoh tiga hari untuk dia (Ibrahim) menarik semula kata-kata biadab, malah dia perlu memohon maaf secara terbuka kepada Mufti Perak dan seluruh masyarakat Banjar.

“Berkenaan fatwa ajaran sesat, kami menyerahkan kepada Majlis Agama Islam Perak untuk menyiasat dan menentukannya,” katanya.





3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 4-5-2015 01:49 PM
buat hal lagi Raja Bomoh nih..
Quote famri7 4-5-2015 01:50 PM
Dua2 bimbo lahanat xder kerja....selayaknyalah korang bergaduh biar cina yindia tgk dengn keji jah.
Quote matamata 4-5-2015 01:51 PM
Bomoh tu gila...org Banjar jgn ikut jadi gila
Banjar Tlk Intan...tlg jgn amik pusing sgt
Quote atekome 4-5-2015 01:51 PM
Banjar ni asal org msia or indon?? Aku peyrok kt bndr d raja so org bnjar tkde
Quote obelisk 4-5-2015 01:55 PM
atekome replied at 4-5-2015 01:51 PM
Banjar ni asal org msia or indon?? Aku peyrok kt bndr d raja so org bnjar tkde

Tak silap org banjar tu asal banjarmasin kalimantan
Quote atekome 4-5-2015 01:56 PM
obelisk replied at 4-5-2015 01:55 PM
Tak silap org banjar tu asal banjarmasin kalimantan

Ohh tenkiu for the info..ptut lh tok moh tuh brani ckp cmtuh asal banjar dr indon..
Quote TuntungReturn 4-5-2015 01:58 PM
di perak ade banjar di bagan serai,teluk intan jawa di bagan datuk, ade skit kt area temoh ade mandailing, kampar di area kampar. boyan di ipoh, taiping , rawa di gopeng.
Quote matamata 4-5-2015 02:03 PM
Tok moh ni asal Sumatera buat2 lupa pulak
Quote mak_wa95 4-5-2015 02:10 PM
kontroversi satu malaysia
Quote lavagrape 4-5-2015 02:10 PM
Alahai...banjar ni kalu marah pun apa dorang boleh buat..??

Paling best pun ngadu kat mod..

Bahlol nak mampos.
Quote agusta 4-5-2015 02:15 PM
atekome replied at 4-5-2015 01:51 PM
Banjar ni asal org msia or indon?? Aku peyrok kt bndr d raja so org bnjar tkde

Indon rasanya coz aku tgk surat beranak mak aku..tulis keturunan bapak dia(tokwan aku)tu banjar,indonesia.
Quote atekome 4-5-2015 02:23 PM
TuntungReturn replied at 4-5-2015 01:58 PM
di perak ade banjar di bagan serai,teluk intan jawa di bagan datuk, ade skit kt area temoh ade manda ...

Ohh tq ats mklumat tuh.teman org perok pun tk taw..pnh dgo tp tk tahu kt mn tmpt deme smua stay..ptut lh kalo d bhgian laen perak, tk smua blh ckp slang perak..slalu kuale parit batu gajah je blh speaking..hihihi
Quote dodolgemok 4-5-2015 02:34 PM
Kelab banjar nak kena penampo buaya ke?tokmoh boleh tampo smpai kome terbang ke london tau x
Quote Kerêta_Angin 4-5-2015 02:34 PM
sy tolong jelaskan (bagi yg belum tahu)

- banjar berasal dari pulau borneo, kalimantan selatan

- bugis asal pulau sulawesi, prov.sulawesi selatan

- jawa asal p.jawa, prov.jawa timur, jawa tengah n jogjakarta (tdk termasuk jawa barat)

- mandailing asal tapanuli, sumatera utara

-minang asal sumatera barat

-rawa asal sumatera barat

-kampar asal riau daratan (wilayah limo koto)

-kerinchi asal hulu jambi(sumatera)

-acheh asal prov.acheh

dll...
Quote kjk_2006_256 4-5-2015 02:34 PM
atekome replied at 4-5-2015 02:23 PM
Ohh tq ats mklumat tuh.teman org perok pun tk taw..pnh dgo tp tk tahu kt mn tmpt deme smua stay..p ...

Orang Perak belah utara memang tak reti dan sometime memang tak faham pun cakap perak yg asli macam ayor, kome, deme etc tu. Pertuturan kami lebih cenderung kepada bahasa penang/kedah/perlis. Tak dinafikan, memang kat kawasan kerian ni ramai dari keturunan banjar. Surat beranak ayah aku pun di bahagian keturunan bapa ditulis banjar. Aku sendiri orang banjar walaupun aku hanya faham dalam 10% je pertuturan dalam bahasa tersebut. Nak bertutur memang langsung tak reti walhal ayah aku memang terror cakap banjar... FYI, balai polis tempat diaorg buat laporan ni terletak betul2 depan kawasan perumahan aku cuma ntah bila depa buat demo macam ni semua tak tau. Tup tup hari ni keluar paper...
Quote kjk_2006_256 4-5-2015 02:39 PM
obelisk replied at 4-5-2015 01:55 PM
Tak silap org banjar tu asal banjarmasin kalimantan

betul sekali... org banjar berasal dari banjarmasin, indonesia.
Moyang aku dulu 'berhijrah' dari banjarmasin ke semenanjung kalau tak salah aku penghujung 1890-an gitulah.
Quote alinone78 4-5-2015 02:42 PM
Aik...x masuk lokap lg k bomoh brahim ni?
Quote TuntungReturn 4-5-2015 02:53 PM
perang banjar-komunis penah tejadik kt sg manik sekitar taun 50an. komunis kaco banjar, last perang. bnjar pakai parang panjang,komunis pakai senjata api. ajaibnya setiap tembakan komunis semuanya keatas walaupun target ke arah org banjar. last komunis putuskan jmbatan untk halang org bnjar. cite ni mmg betul. cuma generasi skang x bpe nak amik taw.
Quote Suchi 4-5-2015 03:00 PM
Edited by Suchi at 5-5-2015 06:00 AM

hakak selalu terasa hati sgt ngn org banjo nih
sbb kt kg hakak iaitu di felda sbhgn org banjo bersifat kenegeriaan sangat..
dorang nk set2 dia je
kalo kawen pun walo jodoh cari sendiri pun set2 banjo gak

dr kecik lg dah membesar ngn dorg nih jd dah phm sgt..mmg tak pernah bermimpi nk kawen ngn org banjo nih sbb takut nnt mertua tak suke.rasa mcm hina je kita nih nk dibandingkn ngn org banjar.. maklumlah iols ni mix pahang+teganu+kelate  pantai timur gitu..kalo dulu2 biasanya org kurang gemar org nk wat menantu org pantai timur mcm2 hinaan n gelaran diterima. syukurlah zaman skrg org dah kurang bersifat kenegerian.adik iols pun kawen ngn org jawa. syukurlah juga mertua baik n sporting orgnya.. kakak2 ipo pun sgt rapat ngn adik iols.

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053097 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top