Memang melucukan dan dalam masa yang sama mengejutkan. Temubual secara langsung stesen televisyen BBC bersama seorang pakar politik, Robert Kelly mendapat gangguan tidak dijangka. Ketika temubual bersama Robert yang merupakan profesor sains politik di Universiti Kebangsaan Pusan, Busan, secara tiba-tiba dua anaknya meluru masuk ke dalam bilik berkenaan. Difahamkan, temubual berkenaan adalah berkenaan situasi politik semasa di Korea Selatan. Anaknya Marion, 4 dan James yang hanya berusia sembilan bulan kelihatan teruja melihat bapa mereka sedang bercakap di hadapan komputer. Adegan itu tidak berhenti setakat itu, penonton dikejutkan sekali lagi dengan kehadiran isteri kepada Robert, Jung-a Kim yang meluru masuk ke situ bagi membawa kedua anaknya keluar.
Memetik laman Dailymail, nenek kepada dua kanak-kanak itu, Elly Kelly berkata kejadian itu berlaku mungkin kerana kedua kanak-kanak itu menjangka bapa mereka sedang membuat panggilan video 'Skype' bersama mereka. Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan para netizen dan menjadi tular seluruh dunia dalam masa singkat. - CARI |
3
Bagus |
14
Marah |
21
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT