Dua rakyat Malaysia di bawah Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) selamat tiba di Beijing dari Korea Utara. Memetik laporan Bernama, jurucakap WFP mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Setakat ini, tidak dipastikan sama ada dua rakyat Malaysia itu akan pulang ke Malaysia atau ditempatkan ke tempat lain. "Kakitangan berkenaan merupakan penjawat awam antarabangsa dan mereka bukan wakil kerajaan negara mereka." Selasa lalu, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menerusi laman Twitter rasminya meluahkan kesyukuran berhubung pembebasan dua rakyat negara kita itu. "Alhamdulillah dua rakyat Malaysia di bawah Program Makanan Sedunia PBB, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy dibenarkan keluar dari Pyongyang."
"Mereka kini selamat di Beijing," katanya di Twitter pada kira-kira pukul 4 petang." - CARI |
CiliPadiSedap replied at 9-3-2017 07:29 PM
2 orang lepas ni ada negoatiation skill power..bukannya gov duduk diam..
scorpionkiki replied at 9-3-2017 08:58 PM
Yg ni hasil negotiation PBB dgn NK.
CiliPadiSedap replied at 9-3-2017 09:00 PM
ye maksud kaka PBB bukan gov
cendolsantan replied at 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni... kita yang ...

armin replied at 9-3-2017 10:01 PM
Jgn naif sgt. Ni sebab dorg international worker. Kalau cari pasal mmg nahaslah
cendolsantan replied at 9-3-2017 06:58 PM
Baik hatinya kerajaan Korea Utara, sebenarnya bukanlah jahat sangat pun Korea Utara ni... kita yang ...
ADVERTISEMENT