CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Laksa Dan Laksam Mengeluh, Harga Ikan Kembung 'Cekik Darah'

8-3-2017 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4953| Komen: 31


Harga ikan kembung yang melambung naik sehingga RM22 sejak sebulan lalu nampaknya bukan sahaja membuatkan para pengguna gelisah, malah peniaga laksa dan laksam di Alor Setar turut mengeluh.


Memetik laporan Bernama, peniaga kedua jenis makanan tersebut menggunakan isi ikan tersebut untuk membuat kuah laksa tidak sanggup menanggung kos tinggi. 

Seorang peniaga dari gerai Laksa Telok Kechai berkata harga ikan kembung pada masa ini adalah yang tertinggi sejak perniagaannya beroperasi 50 tahun lalu. 

"Saya memerlukan sekurang-kurangnya 120 kilogram ikan setiap hari untuk dijadikan kuah laksa dan jumlah itu bertambah kepada 180 kilogram terutama pada waktu cuti sekolah dan cuti perayaan.

"Jika dulu saya beli ikan kembung pada harga hanya antara RM3 hingga RM4 sekilo, tetapi pada masa ini kini saya terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dan ini sangat membebankan saya," katanya. 


Foto: Bernama
Manakala, peniaga laksan di Jalan Datuk Kumbar, Fadzil Harun berkata kenaikan harga ikan tersebut menjejaskan perniagaannya. 

"Perniagaan laksam memerlukan jumlah ikan yang banyak untuk dijadikan kuah yang pekat. Kalau harga semakin meningkat, ia sangat membebankan kami terutama peniaga kecil," katanya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wana89 8-3-2017 01:30 PM
Rasa bukan kembung je boleh buat laksa kan
Quote ultra78 8-3-2017 01:36 PM
Takleh tukar pakai ikan selayang ?
Quote CiliPadiSedap 8-3-2017 01:43 PM
guna ayam buat kuah laksa

mc donald berjaya buat vanilla tanpa guna susu hanya guna artificial flavour..
Quote sebu 8-3-2017 02:01 PM
Kat Selangor ni dah turun le:zz
Quote chinta89 8-3-2017 02:05 PM
ikan lain? cth, selayang. byk isi kan. rasa pun manis.
Quote Bangku 8-3-2017 02:10 PM
Semalam sekilo rm19 pasar taman tun..
Quote sukesuke 8-3-2017 02:10 PM
Aku slalu campur ikan kembong ngan sardin.
Quote insulin 8-3-2017 02:13 PM
Kata kekurangan bekalan. Namun, ikannya tetap ada di atas meja penjual ikan.....
Quote krikruk 8-3-2017 02:13 PM
nak murah, tanam sendiri. bahahha

Quote matchstick 8-3-2017 02:16 PM
jgn ada yg ganti ikan dgn tisu pulak sudah
Quote scorpionkiki 8-3-2017 02:33 PM
Laksa telok kechai ni sangatlah marveles. Kalau pi i akan bungkus 2 kilo simpan dlm fridge utk jamu guest yg tiba tiba dtg
Quote shamsadis 8-3-2017 02:34 PM
Dekat Sabah murah2 bah ko ni import 1 kontena ja balik semenanjung
Quote krikruk 8-3-2017 02:35 PM
scorpionkiki replied at 8-3-2017 02:33 PM
Laksa telok kechai ni sangatlah marveles. Kalau pi i akan bungkus 2 kilo simpan dlm fridge utk jamu  ...

datang mintak hutang. bahahaha
Quote scorpionkiki 8-3-2017 02:35 PM
Bangku replied at 8-3-2017 02:10 PM
Semalam sekilo rm19 pasar taman tun..

Smlm i beli rm 8 sekilo. Fresh pulak tu...apahal di asetar mahal...i beli dekatla jugak dgn alor star
Quote scorpionkiki 8-3-2017 02:37 PM
krikruk replied at 8-3-2017 02:35 PM
datang mintak hutang. bahahaha

Kalau mintak hutang i kasi penyapu la...apahal kasi laksa yg sedap ni pulak
Quote WhiskeyScotch 8-3-2017 04:10 PM
Laksa ni peranakan cuisine kan?
Quote kelapaparut 8-3-2017 04:13 PM
Pakai ikan keli je la uolz buat laksa tu,murah je lemak tau rasenye creamy2 pun ade
Quote Otaku85 8-3-2017 04:24 PM
Rakyat Muleyshia byk makan ayam berbanding ikan.
Quote taji2906 8-3-2017 04:57 PM
tisu and surat khabar pun pernah org buat kuah laksa... nyam2..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.098346 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top