|
Sebut sahaja perniagaan dalam talian, jenis perniagaan bagaimana yang bermain di fikiran anda? Ada terfikir nak jalankan perniagaan benang tak?
Di perkampungan Donggaozhuang di wilayah Xingtai, China, penduduk tempatan memutuskan untuk menjual benang dalam talian selepas meninggalkan pekerjaan tradisi sebagai petani. Lebih mengejutkan, mereka berjaya meraih keuntungan besar sehingga menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan dalam talian menjual benang. Memetik Beijing Youth Daily, puluhan dari 2,000 penduduk kampung itu kini menjadi jutawan dan memiliki 400 kedai dalam talian yang menjalankan perniagaan benang menggunakan platform Taobao iaitu anak syarikat Kumpulan Alibaba. Menurut Malaysian Digest, ketua kampung mereka berkata trend perniagaan berkenaan bermula apabila seorang generasi muda memulakan perniagaan benang dalam talian dan mendapat hasil 20,000 yuan (RM12,893) hanya dalam masa tiga bulan! Ketua kampung berkenaan meminta lelaki terbabit mengajar penduduk lain memulakan perniagaan mereka sendiri. Sejak itu, semakin ramai penduduk kampung mengikut jejak langkah anak muda itu yang menjual atau mencagarkan tanah mereka bagi mendapatkan modal memulakan perniagaan untuk menjual pelbagai variasi benang dalam talian. Bagaimanapun, hasil perniagaan memberangsangkan itu menyebabkan anak-anak mereka tidak lagi bersekolah bagi membantu perniagaan keluarga. - CARI
|
|
11
![]() Bagus |
4
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
3
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
nashrudean replied at 7-3-2017 07:42 AM
i pon selalu shopping kat Taobao.murah!


NekNgah replied at 7-3-2017 04:55 PM
Bagus... bagus. Mereka ni tak lokek berkongsi ilmu. Tak rasa tergugat bila jiran2 menjalankan pern ...

gigahertz replied at 7-3-2017 09:43 AM
lepas tu yang diorang gunakan duit you yang di taobao buat projek kat forest city. rumah Rm1 juta. ...
ADVERTISEMENT