CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Terselamat Daripada Serangan Buaya"

7-3-2017 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4749| Komen: 20

Description: Hidup harus diteruskan. Begitu juga dengan seorang lelaki yang menjadi mangsa baham buaya yang menyebabkan dia kehilangan tangan dan kaki kanannya.
Hidup harus diteruskan. Begitu juga dengan seorang lelaki yang menjadi mangsa baham buaya yang menyebabkan dia kehilangan tangan dan kaki kanannya.

Pun begitu, Rudy Francis Angkanon, 35, yang berjiwa kental menceritakan detik peristiwa hitam dalam hidupnya menerusi sebuah video.

Memetik The Star, kejadian berlaku ketika Rudy mahu memberi makan seekor buaya berusia 60 tahun di Taman Buaya Sandakan apabila haiwan buas berkenaan menyambar tangan kanannya.



Video berdurasi 5 minit 21 saat itu berjudul 'Saya Terselamat Daripada Serangan Buaya' dikeluarkan apabila dia yang mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, beransur pulih.

Menerusi video itu, ia menceritakan bagaimana Rudy yang dikejutkan dengan serangan itu bersabung nyawa menyelamatkan diri daripada menjadi 'korban' buaya terbabit dengan menukar posisi ke bahagian bawah perut buaya dan memeluknya dengan kuat untuk menngelak daripada dimakan.

Rudy yang berjaya diselamatkan kakitangan taman berkenaan sekali lagi disambar buaya itu dan kali ini kaki kanannya pula menjadi mangsa.

Ramai tidak menyangka Rudy akan terselamat daripada serangan ganas itu melihatkan keadaannya yang parah.



Namun, keluarga dan rakan-rakannya berkata dia memiliki semangat tinggi walaupun kehilangan tangan dan kaki.


Foto: Youtube Rudy Ronald Francis

Menurut The Star, Rudy berkahwin dengan Nur Aisa Hatta dan dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Dahlia, 2. - CARI
5

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 7-3-2017 05:18 PM
Nauzubillah. Sampai kudung tangan dan kaki. Alhamdulillah, selamat.

Besarnyaaa buaya tuuu.
Quote mjla 7-3-2017 05:26 PM
Buaya hang nak buat pet.
Silap haribulan meme mendapat.
Quote mjla 7-3-2017 05:26 PM
Buaya hang nak buat pet.
Silap haribulan meme mendapat.
Quote Modngengade 7-3-2017 05:28 PM
kesiannya rudy.....kenapa kena bagi mkn dekat2....kenapa tak baling jer dari jarak jauh?
Quote Artemesiaa 7-3-2017 06:09 PM
Risiko kerja kat tempat sebegitu moga dia ada beli insuran sebelum kejadian tu.
Quote sebu 7-3-2017 06:12 PM
Modngengade replied at 7-3-2017 05:28 PM
kesiannya rudy.....kenapa kena bagi mkn dekat2....kenapa tak baling jer dari jarak jauh?

Entahnye patut letak je mknn kat satu tempat x  perlu bersuap2
Quote aku.semut.merah 7-3-2017 06:14 PM
kesian

bertabahlah
Quote grouper 7-3-2017 06:15 PM
Buaya mmg manja...sbb tu makan kena bersuap kalu x die x lalu makan
Quote sebu 7-3-2017 06:22 PM
grouper replied at 7-3-2017 06:15 PM
Buaya mmg manja...sbb tu makan kena bersuap kalu x die x lalu makan

Yela sgt. Abis yg kat dlm sungai tu semue bersuap ke
Quote cap_ayam 7-3-2017 07:12 PM
Buaya tu nampak obese?
Quote ronapink 7-3-2017 08:45 PM
makan tido makan tido,

dah jemu makan daging haiwan nak makan daging manusia la pulak
Quote fefeeling 7-3-2017 10:18 PM
Bujang terlampau senang org dah jaga bagi makan elok.. Tulah bila dah bagi peha nak betis pulak kekdahnya..
Quote fefeeling 7-3-2017 10:18 PM
Takziah atas kehilangan kakitangan. Semoga cekal teruskan hidup Dan mencari rezeki ye.
Quote chinta89 8-3-2017 08:13 AM
takziah.. semoga dia tabah menerima dugaan
Quote Simunggu 8-3-2017 08:25 AM
kerja tempat mcm ini kena ambil insuran & mencarum perkeso
Quote zameyla 8-3-2017 08:31 AM
Nasib dia tergelincir pulak sampai buaya sambar kaki....
Quote mieymiey 8-3-2017 08:57 AM
Ngeri nya
Apa pun alhamdulillah masih diberikan peluang untuk hidup. Dan semoga menjadi sumber inspirasi kepada yang merasa gagal dalam hidup.
Quote harrypoter 8-3-2017 09:39 AM
buaya tu tekejut, sebab mamat tu tegelincir...sebab tu kena ngap
Quote ad_hoc79 8-3-2017 09:42 AM
buaya nak bergurau pada org yang selalu bagi makan kat dia.... rupanya gurauannye menyebabkan orang tu kudung tangan dan kaki
entah kenapa aku terbayang kucing masa menaip nih..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.072013 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top