Puas sudah sebelum ini Hafiz Hamidun kecewa dalam percintaan. Umpama sudah menemui sinar baharu, penyanyi ini akhirnya mendedahkan yang dia akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi.
Apa yang menarik adalah bakal isterinya adalah seorang wanita yang berstatus ibu tunggal. "Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini. Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya, insyaAllah," katanya kepada mStar Online Hafiz, 33 menyatakan yang dia sudah mula berkenalan dengan wanita tersebut sejak dua bulan lepas.
"Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya." Menurut pelantun lagu Tawbata Nasuha ini juga, keluarganya telah memberi restu di atas perhubungan mereka berdua. Siapa agaknya gerangan wanita bertuah itu ya? Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. -CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
17
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT