|
Watak Wolverine yang dilakonkan oleh Pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman dalam filem siri X-Men bukan sahaja dianggap watak yang paling serasi dengan Jackman malah diminati oleh penonton siri X-Men di seluruh dunia.
Namun demikian baru-baru ini, ketika mengadakan promosi di Taiwan, Jackman memaklumkan bahawa filem terbaharunya bertajuk Logan, menjadi penampilan terakhirnya sebagai adiwira itu. Memetik laporan Indian Express Entertainment, dalam satu temubual baru-baru ini. ketika ditanya mengenai penampilan terakhir beliau sebagai Wolverine/Logan dan perasaannya melihat aktor lain melakonkan watak adiwira itu, Jackman, spontan menjawab: "Mungkin Shah Rukh Khan boleh membawakan watak itu." Susulan itu, hasrat melihat bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, memegang watak Wolverine diketahui umum, serta-merta menerima reaksi yang berbeza di kalangan peminat siri X-Men.
Bagaimanapun, rata-rata peminat filem Bollywood menyambut baik cadangan Jackaman itu. Pelakon sasa itu sudah sembilan kali membawakan watak Wolverine dalam siri X-Men. Logan, yang diarahkan James Mangold dan turut dibintangi Dafne Keen dan Patrick Stewart, mula ditayangkan semalam. Jackman mula melakonkan watak itu dalam filem X-Men yang diterbitkan pada 2000.- CARI |
|
20
![]() Bagus |
16
![]() Marah |
21
![]() Terkejut |
14
![]() Sedih |
22
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity



Over-rated sgtttt.... 

Jackman umur dh 49 pun sedar diri nk bersara dari role Wolverine... SRK dh nk masuk 52 kot..
Where is the logic?????! 
Sila berguru dgn pacit Aamir Khan. Ok bai.


spiderman80 replied at 5-3-2017 11:56 AM
Memanglah Jackman cakap macam tu sebab interview tu dibuat di India oleh pengacara India.
Kalau Jac ...
spiderman80 replied at 5-3-2017 11:58 AM
Kalau Jackman datang ke Malaysia dan ditanya soalan tu, tak hairan beliau akan menamakan Aaron Aziz ...


ADVERTISEMENT