CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lama Tinggal Tuhan, Lelaki Sebak Dengan Kata-kata Hikmah Ustaz Ini

3-3-2017 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7827| Komen: 19|Original author: Oleh: Maly Rosli

Di hujung zaman begini, jarang kita dapat jumpa orang yang benar-benar sabar apabila ditimpa musibah. Kagum apabila bertemu dengan orang yang tinggi kesabarannya, melihat semua yang berlaku ada hikmahnya.




Apa akan anda lakukan jika kereta dipandu seorang diri pada awal pagi, tiba-tiba rosak? Pasti ada yang menggelabah atau marah-marah sebelum menghubungi pihak lebuhraya atau seseorang untuk meminta bantuan.

Tapi ustaz ni tenang saja melayan dugaan diterimanya. Awal pagi semalam, menerusi akaun Facebook, ustaz Ebit Lew memuat naik sebuah entri menceritakan bagaimana dia ditimpa musibah kecil, namun menganggap ianya merupakan satu rahmat.



"Rahmat Allah. Pagi-pagi ini Allah takdirkan kereta saya, semasa di lorong kanan terlanggar ada besi tengah jalan di plus nkve. Tangki minyak kereta saya pecah. Saya terus berhenti tepi jalan. 

"Syukur pada Allah. Terima kasih Allah," tulisnya.

Ketika menunggu di bawah jambatan, seorang lelaki bermotor menghampiri untuk bertanyakan keadaannya. 

"Baik Allah. Sayang Allah. Saya tengah tunggu apa rahmat Allah nak beri. Yang pasti dosa diampunkan dengan musibah begini. Tapi saya dah baca doa keluar rumah. Dan solat dua rakaat. Dia beri musibah kecil asbab elakkan kita dari musibah yang lagi besar," jawab ustaz Ebit.

Lelaki tadi bagaimanapun sebak dengan jawapan ustaz Ebit. 

"Aku dah lama hilang percaya pada tuhan. Kau duduk tepi jalan kereta rosak tapi kau kata Allah baik. Kau puji dia. Aku dah lama tak solat. Aku tak percaya dia," kata lelaki itu.

Menerusi entri tersebut, ustaz Ebit memberi sedikit kata-kata motivasi dan perangsang kepada lelaki tersebut supaya dilembutkan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.



Bukan sahaja lelaki itu yang sebak dengan sikap dan kata-kata ustaz Ebit, malah netizen lain turut terkesan dengan perkongsian berkenaan.

"Asbabnya ustaz, kerana Allah tahu setiap perkataan dan ilmu yang ada pada ustaz dengan izin Allah, dapat melembutkan hati yang keras hanya kerana tersentuh dengan kata-kata hikmah," komen netizen.


Foto: FB Ebit Lew

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Segala yang terjadi itu, ada hikmahnya. Dalam sesuatu yang buruk itu, ada cantiknya. Renung-renungkanlah. - CARI

36

Bagus
40

Marah
28

Terkejut
51

Sedih
30

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (217 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 3-3-2017 05:14 PM
Kenapa takda org drop comment dekat sini?
Quote WhiskeyScotch 3-3-2017 05:14 PM
Alhamdullilah akhirnya terbuka hati untuk kembali di jalan Illahi.
Quote Fienomenology 3-3-2017 05:52 PM
Ish!saper potong bawang kat ofis ni?!jilake!
Quote jerukkedondong 3-3-2017 08:51 PM
Suka tone suara ust ebit lew ni bila berbicara....sngt mnyentuh hati dn sanubari
Quote Aizuzu 3-3-2017 10:42 PM
Tersentuh plak hati
Quote edee_91 4-3-2017 03:18 AM
WhiskeyScotch replied at 3-3-2017 05:14 PM
Kenapa takda org drop comment dekat sini?

bod kongsi tular memang bod sendu. hantu je berkuntum kat bod ni.
Quote edee_91 4-3-2017 03:20 AM
nampaknya nabi ebit lew tak berjaya buat aku tersentuh hati.
tuhan, tolong hantar nabi lain...
Quote Super-M 4-3-2017 02:26 PM
hilang percaya dengan tuhan ke, xpercaya dengan tuhan ke lantak kau lah.. nasihat aku jaga hubungan yg baik sesama manusia.kalau kau percaya dgn tuhan, bertelingkup atas sejadah 24jam sekalipun kalau hubungan dgn manusia, sesama agama, antara lain kaum ke hanya 0,..maka kehidupan kau tiada erti apa. tetap 0
Quote boylondonn 4-3-2017 02:30 PM
Ksian kan mamat ni sebak
Quote kukukatablog 4-3-2017 08:06 PM
standard la kna camtu, klo kna soal siasat.....
dari negara NK tu yang terus tembak jer tanpa soal siasat.....
Quote samasam90 4-3-2017 08:55 PM
mahap tak tersentuh jugak.
Quote adelea 5-3-2017 01:35 PM
Edited by adelea at 5-3-2017 01:42 PM

apa yg ustaz ebit lalui ni , aku dah kena last year .... masa tu aku nak kena bergegas meeting kat bukit raja...  aku tak tau bende apa yg aku lamggar kat lane 2 kat hiway nkve area sg buloh... tangki minyab kemek (nasib x pecah) .. gearbox oil casing yg pecah aku tersadai kat tepi jalan hampir setengah jam tgu plus ronda datg towing kete aku exit subang ... lepas tgu insurance dtg towing ke bengkel .. ribu2 jugak aku bayar hari tu... (aku pakai cashh sbb xde kedit kad ) ... seharian aku kat bengkel tak pergi keje ... sbb jauh kot dr ofis nak bengkel tu... lagipun aku dah stgh hari sementara nak sampai bengkel... aku pon stay jer kat bengkel

aku nak share bende sebenarnya

1. first time kete aku kena towing kat higway . Aku dok fikir..seorg diri di hiway and tak kenal sapa... aku syukur allah pelihara keselamatan aku... sepanjang masa tu jugak aku dok pk apa dosa aku sampai allah bagi musibah macam ni ...
2. mulai malam tu ,,, bila ada kesempatan aku akan solat taubat, tak kira la waktu zohor ke asar ke apa ker ? aku akan buat (kita ni sentiasa berdosa)

3. kan aku ckp tadi aku rushing nak meeting. akhirnya aku terselamat dr keputusan yg dibuat dr meeting tu sbb aku tak dtg... decision yg diorg buat tu menyebabkan company kena incure cost berjuta sbb salah planning and planner tak aware volume ramp up sbb festive season..yg mana aku x terlibat juga dlm corective action plan tu.


sbnrnya bila aku fikirkan balik , allah selalu bagi aku musibah bila dia nak elakkan aku terlibat dlm sesuatu hal yg lebih buruk... aku sentiasa percaya allah is the best planner... sejak tu aku istikharah, dan ambil keputusan berhenti keje . spend time with family ... nikmat allah jugak ni..


sampai masanya... aku mula bekerja semula.. with better position and better team. Small team less drama less complexity

aku selalu percaya allah tu adil sbb kehidupan semua tak adil. kena selalu audit diri.. lagi2 bab melambatkan solat  klu ada peluang solat la awal waktu... kita akan rasanya betapa luasnya waktu bila selalu solat on time... wallahualam
Quote adelea 5-3-2017 01:47 PM
Super-M replied at 4-3-2017 02:26 PM
hilang percaya dengan tuhan ke, xpercaya dengan tuhan ke lantak kau lah.. nasihat aku jaga hubungan  ...

exactly --- selalunya org ckp org yg jaga hubungan dgn allah , allah pelihara hbngn dia ngan manusia.. tapi sebenarnya tak...
hubungan manusia tu sejenis usaha ...


dlm dunia xde yg freee .. semua kena usaha dan berserah, brother aku plg pantang klu aku ckp aku redha... sbb dia kata aku redha tu utk loser... sbb macam mana pun allah akan bagi apa yg kita mintak klu bende tu baik ...
Quote Super-M 5-3-2017 02:48 PM
adelea replied at 5-3-2017 01:35 PM
apa yg ustaz ebit lalui ni , aku dah kena last year .... masa tu aku nak kena bergegas meeting kat b ...

betol tu.. sbnrnya islam ni mudah, tp dikompleks kan keadaanya oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih baik dr yang lain. aku suka sgt baca  quote dr ismail menk. yg xmengjudge org sesuka hati.

aku mmg freehair. dosa aku tu dengan tuhan malas sentuh.kepercayaan aku tuhan dihati lebih baik,iman yg bertapak dihati xkan rapuh seperti iman yg bergantung pada pakaian dan hipokrit jatuhkan hukum sana sini tp akhirnya diri sendiri pun ntah kemana.aku ada kepercayaan sendiri yg menguatkan iman sendiri tanpa rasa keraguan dan kepercayaan pada tuhan jd kuat. ambil contoh kalau kita pakai tudung sekalipun solat tidak, sedangkan solat tu perkara ataupun amalan pertama yg akan dihisab kelak bukan lilitan dan belitan tudung tu,  solat x, mengaji lagi jarang, bertutup tp berzina,berpegangan dgn pasangan. aku xbertutup aku bebas, tp untuk bukan2 dgn bf aku dlu. dia mmg xdpt chance sekalipun. sbb apa?? iman dan kepercayaan.

aku pernah salahkan tuhan atas apa yg jd dlm diri aku.aku pernah benci tuhan, aku pernah tak solat,aku pernah menjerit 'aku benci kau tuhan, kau tidak adil, kalau kau adil tunjukkan apa bukti kewujudan kau.'..aku kerap salahkan tuhan. tp apa aku perasan aku tak boleh berpaling dr tuhan. tuhan tu ikut aku, mengekori aku. bila aku dh putuskan aku xnak solat langsung, dia kerap menyapa aku tengah malam. hingga aku duduk dan renung balik setiap perkara yg aku lalui.. kesusahan, keperitan.. aku perasan yg aku bodoh.. sebenarnya tu bukti tuhan sayang aku. bila perjalanan makin kehadapan baru aku perasan knp tuhan buat itu ini.knp perkara yg kita rasa pahit akhirnya tulah madu atau penawar akhirnya.

ingatlah sebaik mana kita, kita xlayak menilai seseorang.. seburuk mana kita, sehina mana kita menjadi cacian dimata org tentang penampilan kita ke apa.. jaga hubungan dengan tuhan.aku percaya tuhan tu adil,yg membuatkan tuhan dan islan tu susah, xadil adalah mereka yg meraskan diri mereka terlebih baik.
Quote Super-M 5-3-2017 02:58 PM
Edited by Super-M at 5-3-2017 03:00 PM
adelea replied at 5-3-2017 01:47 PM
exactly --- selalunya org ckp org yg jaga hubungan dgn allah , allah pelihara hbngn dia ngan manus ...


banyak yg jaga hubungan dengan tuhan katanya, mempertahankan islam katanya, tp hubungan dengan manusia tu sendiri 0..

aku amik segelintir manusia yg bila mana islam dicaci dikeji, perkataan balas yg keluar dr mulut mereka juga kebanykkan makian, menjaga hubungan dengan tuhan, mudah menjudge manusia lain, menghina.. hanya sbb manusia tu berbeza pandangan terhadap 'tuhan' anda membalas dgn makian cacian??  hakikatnya tu ke yg diajar islam?? pertahankan islam sana sini.. malu sendiri dok kantoi sex best at 7.30.    ok selingan je ni.

org tabligh sendiri ada 2 jenis.. satu yg suka memandang jelik terhadap manusia lain, mengkeji org yg tak seperti mereka. kedua org tabligh yg lembut perkerti, tak pernah membezakan dan menjelekkan manusia lain dlm menyampaikan dakwah..so jaga lah hubungan dgn setiap  manusia walau siapa dan apa pun sisi dia. tiada hak utk. kita menilai manusia lain. islam tu mudah, indah, yg buatnya sukar para ekstrimis.
Quote adelea 5-3-2017 04:49 PM
Super-M replied at 5-3-2017 02:58 PM
banyak yg jaga hubungan dengan tuhan katanya, mempertahankan islam katanya, tp hubungan dengan m ...

dulu aku pakai tudung labuh weii... siap palai stikin lengan bagai...


tapi bila pi usrah and majlis agama... byk gend tudung labuh ni pandang jelik kat yg free hair and pakai tudung biasa2 ni ... padahal org free haor tu kauh lebih baik hati dr ko bertudung labuh ...
akhirnya aku pakai tudung biasa2 jer ... xde pon nak berjubah bagai ... pakai macam org biasa...

sejak tu jugak aku bukak mata besar2 jgn judge iman seseorg dr pakaian
Quote Super-M 5-3-2017 05:04 PM
adelea replied at 5-3-2017 04:49 PM
dulu aku pakai tudung labuh weii... siap palai stikin lengan bagai...



abis aku ni ko pikir xpakai tdung labuh plak?? kihkih.. dulu tudung labuh lepas punggung sekolah agama lagi. ntah lah,biar amalan kita antara kita dgn tuhan,iman tu dlm hati lekatnya bukan pada pakaian.
Quote tom2 24-8-2017 05:31 PM
Bertabahla adik/kakak2 sini yg kena kecam dengan luaran padahal org yg yg mengeji tu nan hado jugak. Itu perkara biasa hidup di dunia ni. Cumanya kalau kita belajar betul2 dalam islam kalau kita jaga hub kita dengan Allah, for sure kita jaga hub dengan manusia .

Betul x? Sebab Allah suruh kita sayang  saudara lebih pada diri sendiri. Bukan ke itu maksudnya kita kena jaga hub sesama manusia? Kena belajar betul2. Jangan terus jump to conclusion.
Quote SweetShera 25-8-2017 11:15 AM
adelea replied at 5-3-2017 01:35 PM
apa yg ustaz ebit lalui ni , aku dah kena last year .... masa tu aku nak kena bergegas meeting kat b ...

terbaikkk

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.106647 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top