CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Memandai Guna Kanta Lekap, Ini Cara Jaga Dan Guna Yang Betul

3-3-2017 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10055| Komen: 31|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Kebelakangan ini, ramai pengguna kanta lekap rasa tak senang duduk dan dibelenggu rasa risau bila banyak kes yang melaporkan tentang mata yang menjadi parah atau buta akibat penggunaannya.
Kebelakangan ini, ramai pengguna kanta lekap rasa tak senang duduk dan dibelenggu rasa risau bila banyak kes yang melaporkan tentang mata yang menjadi parah atau buta akibat penggunaannya.


Sudah menggunakan kata lekap lebih dari tujuh tahun, tips tular dari seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Syafika ini mungkin dapat membantu.

Khas buat pemakai tegar kanta lekap, cuba ikuti cara-cara berikut untuk mencegah dari jangkitan kuman di mata.

Foto: IG Wawa Zainal
Penggunaan dan penjagaan kanta lekap yang betul 

1. Sebelum pakai kanta lekap, pastikan tangan dicuci dengan betul, seelok-eloknya guna air sabun, bilas dan cuci. Jika masih rasa pedih, cuci lagi kanta lekap, mungkin masih ada 'bulu-bulu degil' yang masih melekat di tangan.

2. Lepas letak kanta lekap dalam mata, titiskan air Renu yang khas untuk mata yang memakai kanta lekap.

Foto: FB Nurul Syafika
3. Biasanya kita dengar yang penggunaan maksimum kanta lekap adalah selama 8 jam. Jadi ikuti peraturan ini. Biasakan selepas balik dari mana-mana, terus tanggalkan, cuci dan rendam kanta lekap tersebut.

4. Air Renu atau apa sahaja air rendaman untuk kanta lekap wajib ada! Jangan sesekali guna air paip ya. AWAS!

5. Kanta lekap hendaklah sentiasa dicuci. Bilas kanta lekap sekurang-kurangnya 3 kali. Boleh lihat video di bawah:


6. Bila sudah tanggalkan kanta lekap, jangan biar mata begitu sahaja. Titiskan dengan Eye Glo supaya mata tidak menjadi merah dan kering.

Foto: FB Nurul Syafika
Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sayangi mata yang telah dianugerahkan oleh Tuhan sebelum kenikmatan ini ditarik semula. -CARI
39

Bagus
23

Marah
29

Terkejut
26

Sedih
22

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zoe1511 3-3-2017 12:13 PM
sheols lupa lagi satu yg penting: kuku perlu sentiasa bersih dan pendek ya.

unless guna alat kepit lens tu. kalau kuku panjang tu boleh calar mata dibuatnya
Quote IxoraP 3-3-2017 12:20 PM
thank u utk tips..
Quote arsasa 3-3-2017 01:48 PM
Tangan kena sentiasa bersih..
Quote merrissa 3-3-2017 06:34 PM
rimas betoi bulu2 kecik tuhhh...susah tul nak cuci
Quote siskepoh 3-3-2017 06:44 PM
nice2. boleh ikot tips ni
Quote WhiskeyScotch 4-3-2017 01:53 AM
Beli contact lens daily use senang. Kalau beli contact lens monthly use leceh sebab nak kena jaga cuci semua.  Kalau pakai daily use senang, lepas pakai then buang tak payah nak cuci lens bagai.

I mmg akan beli yang daily use punya. Mudah dan ringkas.
Quote Leeanne88 4-3-2017 10:36 AM
I pun guna yang daily je sebab bukan hari2 pakai and tak berapa rajin nak cuci bagai
Quote mbhcsf 4-3-2017 08:48 PM
good article. bagus sebab menyedarkan tentang bahay guna kanta lekap yg takdicuci dengan betul. ada pun kes kes cuci dengan  tap water - ya rabbi , yups...

and nak pakai contact lens , amalan praktis yg betul ialah bukan pi je  beli and pakai tapi kena buat assessment dulu sama ada mata kita tu sesuai ke tak, sebab tu kena dapatkan khidmat nasihat dari optometrist - depa dah dilatih dalam kursus optometry buat assessment nak tentukan org tu sesuai ke tak matanya dipakaikan  kanta lekap.
Quote WhiskeyScotch 5-3-2017 01:19 AM
mbhcsf replied at 4-3-2017 12:48 PM
good article. bagus sebab menyedarkan tentang bahay guna kanta lekap yg takdicuci dengan betul. ada  ...

Dekat Malaysia I am not sure. Tapi dekat UK memang diwajibkan jumpa dan mendapatkan kelulusan optometrist terlebih dahulu kalau nak pakai contact lens. Kalau tak dapat kelulusan optometrist, bye bye la jawabnya nak beli contact lens pun tak lepas.
Quote mbhcsf 5-3-2017 06:44 AM
WhiskeyScotch replied at 5-3-2017 01:19 AM
Dekat Malaysia I am not sure. Tapi dekat UK memang diwajibkan jumpa dan mendapatkan kelulusan opto ...

kat malaysia i tak sure sama ada benda ni dikuatkuasakan atau bergantung kot pada budi bicara optometrist tu kalau dia dilatih bagus oleh universiti  tentang  kepentingan assessment dulu , then baru prescribed  okaylah

tapi di malaysia kan , kawan kawan opto i cakap ade kes pun yg ada yg cuci tap water dan dijangkiti  protozoa? i think... yups habis mata...adeee kes...sebab tu  lens hygiene  ni penting
Quote aiennadia182 5-3-2017 10:51 AM
bukan ke ada satu lagi... air saline utk bilas lenses tu lepas rendam dalam renu

ai wat camtu.. baru le mate xpedih

renu kan larutan garam. saline tu pencucinya.
Quote WhiskeyScotch 5-3-2017 03:35 PM
mbhcsf replied at 4-3-2017 10:44 PM
kat malaysia i tak sure sama ada benda ni dikuatkuasakan atau bergantung kot pada budi bicara opto ...

Awareness dekat Malaysia ni mmg tersangatlah kurang. Kena educate the consumers secara berterusan mengenai isu contact lens ni. Rakyat kita banyak ambil mudah mengenai isu ni. I think Malaysia boleh contohi cara UK. Siapa nak beli contact lens kena dapat kelulusan optometrist terlebih dahulu.

Macam waktu I nak beli contact lens dekat specsavers dulu, I tak boleh terus beli. Kena buat appointment for consultation dulu dengan optometrist from specsavers. During the consultation, you have to undergo a few eye tests untuk tgk you layak tak pakai contact lens. Then, optometrist tu tanya a few questions etc. Lepas optometrist bagi tahu yg I diluluskan untuk pakai lens then baru boleh beli contact lens. Itu pun dia siap advice lens mana yang sesuai dgn mata I.

Part paling best ialah consultation tu free of charge. Don't have to pay a single penny. That's why I rasa  Malaysia boleh ambil contoh sistem UK mengenai isu ni. Hehehehe. Sebenarnya banyak sistem dekat UK yang bagus kita boleh apply dekat Malaysia. Untuk kebaikan rakyat Malaysia juga kan.

Quote arsasa 8-3-2017 11:04 AM
WhiskeyScotch replied at 4-3-2017 01:53 AM
Beli contact lens daily use senang. Kalau beli contact lens monthly use leceh sebab nak kena jaga cu ...

kalau contact lens yg daily punya berapa rm sekotak? Pakai brand apa? ...skrg ni pakai yang sebulan punya.
Quote WhiskeyScotch 8-3-2017 03:36 PM
arsasa replied at 8-3-2017 03:04 AM
kalau contact lens yg daily punya berapa rm sekotak? Pakai brand apa? ...skrg ni pakai yang sebula ...

Maaf I tak ingat harga sebab dah lama tak beli lens. I selalu pakai dua brand ni air optic atau acuvue. Beli yang ada tulis UV protection (you can ask the optician)sebab kita tinggal di negara yang kaya dengan cahaya matahari.
Quote fara7351 8-3-2017 04:18 PM
tak berani nak pakai contact lense sebab bila pakai je mata merah pedih.. tak sesuai kot.. selesa pakai spec.
Quote Gadis_sarawak 8-3-2017 04:42 PM
Aku nak tak nak kena pakai lens hari2 memandangkan power mata aku 700 dah..Cermin mata aku pun tebal gila..Cam cermin mata orang tua dah.. dahla hakak2 kat ofis ni asyik menyindir aku sebab pakai kontek lens..ingat aku suka2 ke nak pakai..Pe pun good info
Quote mademosselle 10-4-2017 11:37 AM
Leeanne88 replied at 4-3-2017 10:36 AM
I pun guna yang daily je sebab bukan hari2 pakai and tak berapa rajin nak cuci bagai

Berapa ye kalau beli yang daily punya.. sebab saya mmg pengguna lens almost 17 years. Saay selalu beli montly punya. tapi tak guna selalu pun... kalau daily berapa ye?
Quote mademosselle 10-4-2017 11:39 AM
aiennadia182 replied at 5-3-2017 10:51 AM
bukan ke ada satu lagi... air saline utk bilas lenses tu lepas rendam dalam renu

ai wat camtu.. b ...

yes betul... saline itu mesti...
Quote syitaeyqa 11-4-2017 06:26 PM
mademosselle replied at 10-4-2017 11:39 AM
yes betul... saline itu mesti...

Dulu I beli saline yg opticare as cuci n utk simpan lens. then baru i tau, rupanya saline tu takleh guna utk simpan lens. terus i tukar to renu.

Btw, kiranya saline tu boleh jela guna ek tp utk bilas je?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

13-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056990 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top