"Jika tiada aral melintang, insya-Allah kami bakal disatukan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Walaupun membuat pengakuan sedemikian, pelakon Ummi Nazeera, 27, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh untuk melangsungkan perkahwinannya bersama encik tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Mr I.
"Cuma saya belum bersedia mengumumkan tarikhnya lagi. Mana tahu, jika diumumkan, tarikhnya berubah pula. Apapun saya pasti akan berkongsi tarikh pernikahan kami pada umum nanti," katanya kepada BH Online. Menurut aktres itu, dia dan Mr I memanfaatkan tempoh pertunangan mereka untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. "Sebelum ini saya ingatkan dia seorang yang serius. Tetapi apabila mengenalinya dengan lebih mendalam, rupa-rupanya dia seorang yang kelakar.
"Alhamdulillah, tempoh pertunangan ini menjadi masa untuk kami mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya sebulan sekali kami bertemu. Maklumlah, dia bertugas di sebuah hospital di Sarawak," jelasnya. Meskipun sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas sambutan Aidilfitri tahun ini, Ummi masih belum menetapkan sebarang tema untuk majlisnya nanti. "Setakat ini, ada beberapa konsep yang bermain dalam fikiran, tetapi saya belum memutuskan mana satu yang sesuai," katanya. Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember tahun lalu. Wah, tak lama dah tu nak raya, semoga segala persiapan dan perancangan Ummi serta tunang berjalan lancar. - CARI |
29
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terpaku replied at 3-3-2017 09:04 AM
helokkkk bakal husband...
meols sanggup turn str8 demi ummi..tp sayangnya
miemiecha replied at 3-3-2017 08:58 AM
tahniah umi, entah ngape lah mek kalau umi ni berlakon, mek alih channel lain, tgk dora,..
hadoii ...
giyomi replied at 3-3-2017 10:06 AM
nak tema bagai...kawen jelah, ko tu pon bukan artis popular manapon smpi nak jadikan kawen of the ye ...
giyomi replied at 3-3-2017 10:06 AM
nak tema bagai...kawen jelah, ko tu pon bukan artis popular manapon smpi nak jadikan kawen of the ye ...
ADVERTISEMENT