CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Gunung Rokatenda Meletus

14-8-2013 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4056| Komen: 9

JAKARTA - INDONESIA, Lebih daripada 500 orang dipindahkan selepas gunung berapi Rokatenda terus aktif memuntahkan lahar dan debu panas di Pulau Palue wilayah Timur Indonesia, semalam.
       
Ketua daerah Sikka   Yosep Ansarera berkata, debu panas daripada lahar itu dapat dirasai pada jarak dua kilometer.
         
        “Operasi menyelamat sukar dilakukan kerana masih ramai penduduk di dua kampung enggan berpindah kerana tidak mahu meninggalkan haiwan ternakan mereka. Kami terpaksa melakukan pemindahan secara berperingkat,” katanya.

  •                                                                             
  • Anggota penyelamat membantu memindahkan orang ramai akibat letupan gunung berapi Rokatenda di Pulau Palue.

       
Sementara itu, jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho berkata kepada Antara News, sehingga kini lebih 3,000 penduduk telah dipindahkan berikutan tidak tahan dengan bahang panas yang membawa debu kecil  ke kediaman mereka.
       
        “Masih ramai enggan berpindah. Mereka yang berada  lebih dari tiga kilometer dari kawasan letupan masih diberi pengecualian untuk berbuat demikian,” katanya.
       
        Beliau berkata, masih terdapat 2,500 orang berada dalam zon bahaya.
       
        “Dua bot digunakan untuk mengangkut mereka untuk keluar dari kawasan terbabit. Pemindahan juga sukar dilakukan berikutan jambatan utama telah musnah akibat gegaran ketika letupan pertama minggu lalu,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keraskhejong 14-8-2013 07:40 AM
indon dan gunung berapi berpisah tiada
Quote keraskhejong 14-8-2013 07:40 AM
indon dan gunung berapi berpisah tiada
Quote Artemesiaa 14-8-2013 11:37 AM
Siannya syukur Malaysia tak ada gunung berapi yang masih aktif.
Quote cikatilia 14-8-2013 12:30 PM
takutnya
moga ok2 aje.. and sedo2 le diri jgn nak eksyen and jahat sgt dgn negara jiran

jadi camni jiran gak kena help
Quote zuerinaBP 14-8-2013 01:32 PM
Dugaan bulan syawal
Quote pdan 14-8-2013 03:15 PM
syukurlah di mesia takde perkara mcmni terjadi ye 8\
Quote mizsrose 19-8-2013 09:52 AM
dugaan laa indonesia wei...gunung berapi ade..gempa bumi pon ade...sabar je laa...
Quote arira_arora 19-8-2013 10:28 AM
alhamdulillah.. kite dilindungi dari bencana alam yg merbahaya...
Quote alphawolf 19-8-2013 02:30 PM
Jangan yakin sangat....ingat tsunami dulu?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054129 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top