Suspek keempat warga Korea Utara, Ri Jong-chol yang kini disiasat oleh polis berhubung kes kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu akan diusir keluar dari negara esok.
Mengesahkan perkara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandil Ali berkata, keputusan itu diambil selepas kekurangan bahan bukti untuk menyabitkan lelaki berkenaan dalam kes pembunuhan itu. “Ya, dia akan diusir keluar esok.” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini. Ri Jong Chol dijangka dibebaskan daripada tahanan polis selepas perintah reman tamat, Jumaat ini. Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama pada Jumaat lepas. Dia ditahan reman selama 13 hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Jong-nam yang dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).- CARI
|
17
Bagus |
10
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
11
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT