Bagi mereka yang pernah menggunakan telefon bimbit Nokia 3310, pastinya rasa amat teruja dengan pelancaran semula jenama telefon bimbit legenda Nokia 3310.
Setelah pengeluarannya dihentikan dalam tempoh masa lebih sepuluh tahun, kelmarin dalam majlis pelancarannya, Nokia memperkenalkan tiga telefon pintar Android yang terbaru dan satu versi terkini model ikonik 3310. Berbeza daripada model asalnya, Nokia 3310 versi baru ini membolehkan pengguna melayari laman web dengan fungsi penggunaan yang memudahkan. Memetik laporan portal express.co.uk, versi baru tersebut turut kekalkan permainan 'Snake' yang popular dan nada deringnya yang tersendiri, kata Arto Nummela, ketua syarikat Finland, HMD Global yang akan menghasilkan telefon itu di bawah perjanjian pelesenan dengan Nokia. "Telefon itu akan membolehkan anda berbual selama 22 jam, 10 kali lebih lama berbanding tempoh model asal."
Dilancarkan pada 2000, model asal Nokia 3310 berjaya meraih penjualan sebanyak 120 juta unit di merata dunia sebelum pengeluarannya dihentikan pada 2005, sekaligus menjadikannya salah satu telefon bimbit yang paling laris di dunia. Selain 3310 yang baru, HMD turut melancarkan tiga telefon pintar yang baru, iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 yang akan dijual pada harga yang berbeza. Nokia 6 sudahpun mula dijual di China dan akan mula dijual di seluruh dunia tidak lama lagi. Tahun lalu, HMD membeli perniagaan Microsoft Mobile dan hak menggunakan jenama Nokia.- CARI |
17
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT