CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makanan Berkulat Perlu Dibuang Atau Tidak ? Ketahui Mana Satu Betul Di Sini

22-2-2017 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16879| Komen: 9|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kecewa rasanya bila makanan kegemaran yang disimpan dalam pantri mahupun peti sejuk bila didapati telah pun berkulat.

Kecewa rasanya bila makanan kegemaran yang disimpan dalam pantri mahupun peti sejuk didapati telah pun berkulat. Adakah ia menandakan makanan tersebut telah 'expired' dan harus dibuang serta merta?


Ada yang berkata bila makanan ditumbuhi kulat, ia langsung tidak boleh dimakan kerana berbahaya kepada kesihatan. Namun, ada juga berkata hanya buang bahagian berkulat dan makanan itu masih boleh dimakan.


Mana satu yang betul? Memetik laman Huffingtonpost, tidak bermaksud makanan yang berkulat itu merosakkan anda atau membuatkan anda jatuh sakit. 

Lihat sahaja contoh seperti blue cheese yang memang lazimnya dipenuhi dengan kulat. Ia boleh dimakan dan rasanya ya memang lazat. 


Pun begitu, memang benar, bukan semua makanan berkulat itu rosak dan bukan juga elok. Ia adalah bergantung kepada jenis makanan itu sebenarnya. Jom lihat, jenis makanan dan apa jadi bila ia sudah ditumbuhi kulat:

1. Buah-buahan: Buah yang mempunyai isi keras mempunyai kelembapan yang rendah, ia masih boleh dimakan bila ditumbuhi kulat. Hanya potong bahagian berkulat dan selebihnya boleh dimakan. 

Bagaimanapun, buah yang mempunyai isi lembut seperti pic dan strawberry contohnya, mempunyai kelembapan tinggi dan perlu dibuang jika ditumbuhi kulat. 


2. Sayur-sayuran: Sama seperti buah, sayuran yang memiliki isi keras seperti lobak dan kobis, masih boleh dimakan, cuma bahagian berkulat dibuang. 

Foto: Carian Internet
3. Makanan lain: Kebanyakan makanan yang mempunyai tekstur lembut dan tinggi lembapan, harus dibuang bila berkulat. Ini termasuklah daging merah, pasta yang telah dimasak, keju lembut, yogurt, krim, jem, roti dan sebagainya. - CARI
21

Bagus
11

Marah
33

Terkejut
27

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 22-2-2017 05:15 PM
Kalau I buang je. Sebab perut I sensitive.
Quote Apai90 22-2-2017 05:32 PM
Kalau memang dah sah berkulat pejadahnya nak makan lagi haruslah buang

Perut tak bole salah makan nanti merana
Quote Artemesiaa 22-2-2017 05:57 PM
Kalau dah berkulat tak berani nak makan takut sakit perut.  
Quote siskepoh 22-2-2017 06:33 PM
roti  grdenia expired dua tiga hari still boleh digunakan. buat puding roti
Quote shernazz 22-2-2017 07:02 PM
mozarella iola selamat berkulat dah
Quote RatuDunia94 22-2-2017 08:40 PM
Ewwwwwwwww.. Iols mmg fobia tgok roti berkulat.. Tgok pic tu iols meremang..
Quote chinta89 23-2-2017 08:45 AM
kdg2 perut sensitif.. mmg elak mknan bkulat2, lgpun kalau lobak cth nya, dh kulat2, if makna jugak rse mcm takde khasiat dh. isi x kenyal. jd 'liut' gtuh...
Quote ninjago 23-2-2017 09:54 AM
roti gardenia kalau banyak lagi tapi dah expired, i letak dlm fridge je.. leh tahan another week.. tapi idokla simpan lelama.. kalau takde benda nak buat sgt, buat french toast atau sandwich siap2.. cepat je habis kalau letak atas meja time breakfast..
Quote IxoraP 24-2-2017 12:27 PM
buang je la.. nti x pasal2 cirit birit smua

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050128 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top