Wah, selepas Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, kita akan menyaksikan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad membuat liputan di acara berprestij Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) yang bakal berlangsung di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada 27 Februari ini.
Pun begitu, Nabil, 33, menyuarakan kegusarannya andai kata dia gagal melaksanakan tugas sebagai pengacara di karpet merah anugerah berkenaan. "Saya takut menghampakan penonton Malaysia jika tidak dapat menemuramah artis-artis besar yang menjadi perhatian seperti Ryan Gosling dan Emma Stone. "Saya difahamkan agak sukar untuk mendekati mereka kerana terlalu ramai media asing yang membuat liputan dan saya perlu berebut untuk mendapatkan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Nabil bakal diterbangkan ke Los Angeles pada Khamis ini dan berada di sana selama dua minggu. Tahniah Nabil kerana dipilih menjadi hos karpet merah Anugerah Akademi ke-89! Semoga semuanya berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. - CARI |
sepitsiput replied at 22-2-2017 07:27 AM
sbnrnya nabil punya english command xdelah teruk sgt...boleh boleh jah.
heshe pun dah upgraded m ...
auza_chiyoko replied at 22-2-2017 07:43 AM
Face palm ......nape bukan Sarimah Ibrahim.....jgn dok buat lwk bodoh ntah pape dah kat stu ...
eely_shana replied at 22-2-2017 07:52 AM
Tahniah bangbil! Iols bangga ngan uols. Boleh lah selfie dgn leonardo de caprio nanti. Nampak jugak ...
ADVERTISEMENT