Kemalangan maut yang meragut nyawa 8 orang remaja berusia 13-16 tahun di Johor Bahru baru-baru ini menggemparkan seluruh Malaysia. Susulan kejadian tersebut, ramai pihak yang mula menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain dalam mencari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam tragedi tersebut.
Sebuah status yang dikongsikan pengguna Facebook, Zulhazri Abu Bakar mungkin boleh membuka mata anda tentang apa yang berlaku. Namun, sumber asal cerita di sebalik kebenaran ini sebenarnya datang dari orang yang tidak mahu namanya didedahkan kepada umum, tapi apa yang pasti beliau adalah seorang anggota polis.
Menurutnya lagi anak-anak itu bukan hanya datang dari Johor Bahru, bahkan dari seluruh Johor. Pada setiap hujung minggu, pihak polis sentiasa menegur dan melarang perbuatan menunggang basikal secara berbahaya itu. "Bukan kami tak tegur atau larang, kami sentiasa menegur dan melarang menggunakan pembesar suara lagi, dan ada juga di antara kami yang hilang kesabaran dengan membuang basikal tersebut kerana bukan dengki, tapi nak memberi peringatan agar mereka takut dan tidak mengulangi lagi." Lihat video berikut: Bukan sahaja tidak diendahkan, malah kumpulan remaja tersebut mengejek kembali usaha yang dilakukan pihak polis. Mereka akan menjerit-jerit dan mempermainkan pihak polis tanpa ada sedikit pun ketakutan beraksi secara berbahaya di tengah-tengah jalan. Netizen yang membaca tentang kebenaran ini mempunyai pendapat mereka sendiri: Memang benar umur sebegini jiwa masih muda dan sedang memberontak. Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap memainkan peranan utama dalam mengawasi dan melarang anak-anak mereka dari terlibat dengan aktiviti sebegini. Siapa kita untuk menyelahkan takdir, namun perkara ini sebenarnya mampu diubah dari awal lagi. Jadi menurut anda pula bagaimana?-CARI
|
25
Bagus |
29
Marah |
40
Terkejut |
36
Sedih |
26
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bellxx replied at 20-2-2017 02:28 PM
tulah aku pun pelik camne parents boleh benarkan diorang ni kelur berbasikal pukul 3 pagi pulak tu . ...
HazeLJoseph replied at 20-2-2017 03:09 PM
Sekarang ni family budak-budak ni dok la kata jangan kondem mereka. Jangan salahkan mereka, tapi mer ...
insulin replied at 20-2-2017 03:32 PM
Apa la budak2 nih. Buang masa jah rempit di jalan2 raya. Baik merempit basikal di bukit2 dan gunung- ...
VuJiE replied at 20-2-2017 05:02 PM
alaa nak salahkan siapa ni? driver x salah. budak x salah. parent pun x salah. hmmm....
ADVERTISEMENT