Akhirnya kini pelakon manis, Ireen Azminda mengakui sedang dalam proses mengenali seorang lelaki, malah menyatakan dia sudah pun bersedia kembali bergelar isteri.
Menerusi Mstar Online, Izreen yang telah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selama dua tahun lebih berkata lelaki tersebut telah dikenalinya sejak setahun lalu. "Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya. "Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi," katanya. Nampaknya Izreen masih merahsiakan identiti lelaki tersebut dan menganggap ini bukanlah masa yang sesuai. Perkahwinan lalu juga membuatkan ibu berusia 32 tahun tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. "Perkahwinan adalah gamble, tak ada pun tak apa. Saya tak letakkan harapan agar perkahwinan kedua ini perlu bahagia selamanya. Saya pasrah dengan takdir. Tak perlu fikir terlalu mendalam," katanya lagi.
Ketika pihak Mstar bertanyakan tentang jodohnya dengan lelaki bergelar suami orang, ini jawapan yang diberikan oleh Izreen, "Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagiaan," jelasnya. - CARI |
2
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
17
Sedih |
1
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT