Selepas bertahun lamanya menyulam cinta, akhirnya pelakon cantik Nora Danish mengambil keputusan untuk berkahwin semula. Aktres filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini mengesahkan yang dia akan berkahwin dengan kekasihnya, Nedim Nazri pada tahun ini.
"Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini," katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini, Nora dan Nedim selalu mendapat kecaman dari netizen yang mengatakan pasangan ini sudah seperti suami isteri yang selalu 'melekat' ke sana dan ke sini.'
Tambah Nora lagi, selepas berkahwin dia akan memperlahankan sedikit aktiviti lakonannya. "Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri. Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus." Benda baik jangan dilambat-lambatkan lagi. Selepas ini diharap orang di luar sana berhentilah berkata yang buruk-buruk. Kami doakan Nora dan pasangan sentiasa berbahagia ya. -CARI |
prettyuglybabe replied at 16-2-2017 12:15 PM
bukan tiap tahun ke kata nak kawin tahun ni, nak kawin tahun ni..
so tunggu dorang kawin dulu la ba ...
ADVERTISEMENT