Pihak polis memberi kelulusan permohonan penganjuran perhimpunan RUU 355 anjuran PAS Sabtu ini, beberapa laluan di bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup. Memetik laporan Harian Metro, Dataran Merdeka dan sebahagian laluan di Jalan Parlimen akan ditutup dari pukul 8 pagi sehingga ke 12 tengah malam Sabtu ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dalam satu kenyataan, perhimpunan RUU 355 yang akan diadakan di Padang Merbok dari tiga petang sehingga ke 12 tengah malam pada 18hb Februari itu telah secara rasmi diluluskan oleh pihak polis. "Pada masa yang sama, kami akan menempatkan anggota dan pegawai polis mencukupi di lokasi perhimpunan itu dan kawasan sekitarnya bagi menjaga keselamatan awam." Penganjur dan peserta perhimpunan itu diminta mematuhi peratutan yang tertakluk mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 dan arahan semasa yang dikeluarkan pihak polis, tegasnya.
Dalam pada itu, Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan 19 Februari (Ahad) ini sebagai cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat Kelantan hadir beramai-ramai ke perhimpunan tersebut.- CARI |
6
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Limao replied at 15-2-2017 07:43 PM
Sebelum nak suruh aku sokong mende2 ni semua satu je aku nak tahu.
Kalo puak2 bayangan tuhan buat ...
vandergooh replied at 15-2-2017 08:03 PM
Dalam ruu baru ni dik... hukuman zina pada yg belum berkahwin dinaikkan dari rm10,00 ke 100,00
...
Menghina atau mengingkari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Mufti, Majlis Ugama, dsb RM3000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya. Mengingkari perintah Mahkamah RM3000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya.
Limao replied at 15-2-2017 10:15 PM
Untuk makluman dik, hukuman ini hanya tertakluk kepada layman or rakyat marhaen sahaja.
Manakala ...
atira replied at 16-2-2017 11:27 AM
gigihnye lobai2 ni...
tapi balak songlap jugak
sabar_sabariah replied at 16-2-2017 11:00 AM
oh.. ni yg aku dgr dari surau umah aku malam tadi
dok dgr 355, 355
aku dok bertanya sorang diri, p ...
ADVERTISEMENT