Bagi kaum wanita, kitaran haid yang datang sekali setiap bulan adalah perkara normal dan tiada apa pun yang pelik bukan?
Namun, adakah anda tahu sebenarnya proses kedatangan haid ini kadang-kadang sangat misteri kerana banyak kedengaran pelbagai mitos mengenainya. Menurut Amaia Arranz, seorang aktivis yang menyebarkan ilmu tentang haid, berikut adalah antara mitos yang selama ini menghantui kaum wanita. 1. Datang haid pastinya membuktikan anda tidak mengandung. Perkara ini selalu menjadi salah faham dalam kebanyakan orang. Ingin ditegaskan di sini, walaupun anda didatangi haid, ia tidak bermakna anda tidak hamil.
2. Perlu elak seks semasa haid Menurut kajian, seks semasa haid dibolehkan asalkan kedua-dua pasangan selesa dengannya. Tapi ingat, ia tetap berisiko membuatkan anda hamil. Namun dalam ajaran Islam, perkara ini dilarang sama sekali. 3. Senaman tidak boleh dilakukan semasa haid Tidak benar kerana senaman sangat elok dilakukan lebih-lebih lagi jika anda mengalami kekejangan perut akibat haid. Hormon Endorfin dalam darah dapat dilepaskan dan membantu menghilangkan kesakitan. 4. Haid datang setiap 28 hari Sebenarnya ia bergantung kepada tubuh masing-masing. Ada wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap namun ada juga tidak tetap disebabkan faktor seperti tekanan dan perubahan makanan serta diet yang mendadak. 5. Sesetengah makanan adalah tidak baik dimakan semasa datang haid Mitos ini tidak sahih kerana anda boleh makan apa sahaja yang dikehendaki. Cuma lebihkan makanan yang mempunyai zat besi kerana semasa haid anda kehilangan banyak darah. 6. Tidak boleh pergi berenang semasa haid Salah, kerana jika anda memakai tuala wanita atau tampon dengan elok maka tiada satu pun aktiviti yang boleh membataskan diri anda dari melakukannya. 7. Banyak hilang darah semasa haid dan perlu rehat yang berlebihan Bertenang, rehat sekejap sahaja sudah cukup dan jangan jadikan haid sebagai alasan untuk malas ya! Jadi, pastikan anda memahami dengan betul ilmu tentang haid. Elakkan diri dari terpengaruh dengan perkara-perkara mengarut yang datang bukan dari sumber yang sahih. -CARI
|
26
Bagus |
21
Marah |
20
Terkejut |
31
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT