CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Henti Pandang Serong, Dia Sudah Insaf - Sokongan Kuat Keluarga Selva Kumar

15-2-2017 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6729| Komen: 45

Description: Benar seperti dakwaannya mempunyai sokongan kuat daripada keluarga, ketibaan Selva Kumar Subbiah di Kelantan bagi menziarahi saudara mara terdekatnya terbukti disambut baik.
Benar seperti dakwaannya mempunyai sokongan kuat daripada keluarga, ketibaan Selva Kumar Subbiah di Kelantan bagi menziarahi saudara mara terdekatnya terbukti disambut baik.

Seorang sahabat rapat keluarga Selva memberitahu FMT mengenai sambutan baik itu.

“Sejak pulang ke Malaysia, tiada seorang ahli keluarganya yang menolak. Semua beri sokongan moral yang kuat,” katanya kepada FMT.

Menurut portal FMT, Selva Kumar mempunyai sokongan kuat keluarganya di Kelantan, tidak seperti di Lembah Klang.

“Dia sangat gembira berada di sisi keluarga, cuma dia masih lagi bimbang dan sedikit takut dengan pandangan orang ramai.

“Buat masa ini, dia banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak keluar kerana tidak mahu orang ramai takut dan terus pandang serong,” kata kenalan rapat keluarganya.


Foto: www.thestar.com


Menurut abang Selva pula, dia kini benar-benar insaf dan berharap masyarakat berhenti pandang serong ke arahnya.

"Selva mahu hidup normal seperti orang lain dan tidak akan mengulangi jenayah lampau.

"Dia mahu berubah dan bersihkan namanya," katanya.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Sabah dan Sarawak melarang Selva Kumar dari memasuki kedua-dua negeri itu.

Sementara itu, kenalan rapatnya percaya Selva mampu berubah dan mengubah pandangan negatif masyarakat.

“Sepanjang saya kenal Selva sejak zaman persekolahan di Pulau Pinang, dia seorang yang sangat pandai, hormat pada orang tua dan mudah mesra dengan rakan-rakan, malah selepas dia keluar penjara, sikap mesranya tidak pernah berubah.

“Saya berharap orang ramai berhenti pandang serong kepada dia… Saya juga berharap nama Selva dapat dibersihkan, dia memang sudah insaf dan orang ramai tidak perlu bimbang lagi,” katanya. - CARI
8

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 15-2-2017 10:46 AM
apa kata dia buat buku
psl kisah silam dia
ms perbicaraan
mcmna kes ni dikendalikan
jatuh hukum
msk jel
patut dh blh bebas lbh awl tp dihukum spy extend ikut hkmn asl
dibebaskan
mungkin jgk his tot psl mangsa
seterusnya mcmn nk hbskn sisa2 hidup
what future hold for him

gitu kan

Quote Voyagers 15-2-2017 10:47 AM
supernaturalee replied at 15-2-2017 10:46 AM
apa kata dia buat buku
psl kisah silam dia
ms perbicaraan

buat cerita / movie pun okay

based on true story
Quote lavilavi 15-2-2017 10:51 AM
Dia convert islam ke? Ada gambar aku nampak dia pakai kopiah.
Quote finesse 15-2-2017 10:55 AM
supernaturalee replied at 15-2-2017 10:46 AM
apa kata dia buat buku
psl kisah silam dia
ms perbicaraan

Layak ke sis...
Yg jd mangsa dia menderita seumur hidup kot.. cukup2 la 'idolakan' penjenayah bg pendapat saya. Cukup sekadar bg dia peluang utk berubah.
Quote supernaturalee 15-2-2017 10:56 AM
Voyagers replied at 15-2-2017 10:47 AM
buat cerita / movie pun okay

based on true story

mmg pun
tp buat novel dulu
dr tuan punya bdn sendiri
cerita detail2
jujur & ikhlas




Quote supernaturalee 15-2-2017 10:58 AM
finesse replied at 15-2-2017 10:55 AM
Layak ke sis...
Yg jd mangsa dia menderita seumur hidup kot.. cukup2 la 'idolakan' penjenayah bg  ...

sape pulak yg idolakan dia
bg aku lbh kpd jdkan pengajaran



Quote faraway1 15-2-2017 10:59 AM
beraninya saudara mana bekap perogol..
Quote juliez 15-2-2017 11:01 AM
Voyagers replied at 15-2-2017 10:47 AM
buat cerita / movie pun okay

based on true story



Pengarah kita lagi suka buat drama suami aku, playboy itu, surihati segala
Quote finesse 15-2-2017 11:11 AM
supernaturalee replied at 15-2-2017 10:58 AM
sape pulak yg idolakan dia
bg aku lbh kpd jdkan pengajaran

Pemilihan kata saya agak taksa. Maksud saya mcm memberi publisiti kpd individu tersebut scr lansung atau x langsung.
Quote Knowlee 15-2-2017 11:21 AM
lavilavi replied at 15-2-2017 10:51 AM
Dia convert islam ke? Ada gambar aku nampak dia pakai kopiah.

He is a Jewish.
Quote chinta89 15-2-2017 11:24 AM
eleh ko x rse kena rogol/apa2 bentuk perlakuan x senonoh selva, mmg la ko sokonggggg n bg jaminan sb korang ahli keluarga

“Dia sudah betul-betul insaf dan dia juga berharap orang berhenti pandang serong, dia mahu jalankan kehidupan seperti biasa seperti orang normal yang lain,” sumber yang memetik abangnya memberitahu FMT.


yelah kalau bukan family yg support, sape lg. tapi nk bekap berlebih2 yg selva takkan ulangi pbuatan lampau dia tu, mcm seolah2 kita yg d luar ni plk salah sb terlalu nk bjaga2 thadap selva.
Quote CiliPadiSedap 15-2-2017 12:08 PM
tolonglh pelakon wanita filem ini bukan neklofa.. habis nanti dia jual tudung

suamiku benggali
kisah sebenar ku di negara orang
suri hati mr banduan
Quote felinecat 15-2-2017 12:10 PM
lavilavi replied at 15-2-2017 10:51 AM
Dia convert islam ke? Ada gambar aku nampak dia pakai kopiah.

die jews la. pakai kippa la kot. semoga berubah, dpt peluang berubah, harap bertabah dgn mulut masy kalau betul2 insaf.
Quote tayam 15-2-2017 12:27 PM
lavilavi replied at 15-2-2017 10:51 AM
Dia convert islam ke? Ada gambar aku nampak dia pakai kopiah.

rasanya ada berita yg menyatakan dia convert to judaism
Quote haryatie 15-2-2017 12:42 PM
biasa la ahli keluarga terima balik keluarga sendiri walau siapa pun dia..
dn berhrap dia akn brubah
tp kita org luar ni mmg la takut gilerrrr....
Quote abbyhoney 15-2-2017 04:36 PM
lavilavi replied at 15-2-2017 10:51 AM
Dia convert islam ke? Ada gambar aku nampak dia pakai kopiah.

ada yg kata itu bukan kupiah tapi kippah...yg selalu yahudi pakai
Quote gigahertz 15-2-2017 04:43 PM
lavilavi replied at 15-2-2017 02:51 AM
Dia convert islam ke? Ada gambar aku nampak dia pakai kopiah.

itu bukan kopiah dan dia bukan muslim.dikhabarkan dia seorang jews.
Quote WhiskeyScotch 15-2-2017 04:48 PM
Based on my experience, benda terakhir yang kau perlu buat ialah bersangka baik dengan penjenayah tambah-tambah jenayah yang dia lakukan ni sangatlah severe.

Jenayah ni kalau sekali dah pandai buat percayalah dia akan ketagih nak buat lagi. Cuma yang membezakan ialah sama ada penjenayah tersebut ada ruang dan peluang tak nak buat jenayah tu balik.

Baguslah bagi support cuma jgn percaya sangat. Masih perlu diberi pemantauan yg sangat khusus.
Quote abas8888 15-2-2017 04:48 PM
gigahertz replied at 15-2-2017 04:43 PM
itu bukan kopiah dan dia bukan muslim.dikhabarkan dia seorang jews.

Yahudi bukan keturunan ke? India kan keturunan dia?

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071339 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top