Ibu mana yang tak kalut dan bimbang bila anaknya diserang sakit seperti batu dan juga selesema. Ada sesetengah batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Seorang ibu menerusi Facebook berkongsi pengalaman dan juga petua khas untuk mengubati anak kecil yang mengalami batuk. Menariknya, ia mendapat perkongsian hampir 18,000 kali! Paling menarik tak perlu guna ubat pun, hanya bersandarkan bahan alami. Katanya, dia mahu menggunakan madu kerana sering dikatakan bagus untuk merawat batuk. Namun, ia tidak digalakkan untuk anak kecil. Oleh itu dia menggunakan alternatif lain iaitu buah delima. "Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang, dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah," kata ibu ini. Berikut merupakan langkah yang boleh anda ikuti ya: 1. Ambil beberapa ulas buah delima dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Hancurkan buah delima tadi sehingga mengeluarkan jusnya. Pastikan bijinya dibuang. 3. Jus delima yang telah diperah tadi, bolehlah diberikan kepada anak kecil anda. Moga bermanfaat! - CARI |
16
Bagus |
9
Marah |
4
Terkejut |
13
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT