Bekas pemegang francais Chatime Malaysia, Loob Holding menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemilik francais dari Taiwan, La Kaffa mengenai pembatalan penjanjian antara mereka.
Portal berita Channel News Asia melaporkan, dakwaan itu disifatkan Loob sebagai ‘tidak benar dan berniat jahat’. Loo Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo menyatakan, “Kami menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan palsu dan berniat jahat oleh La Kaffa dalam kenyataan media pada 3 Februari 2017.” Dakwaan tersebut menyatakan yang Loob menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resipi yang diluluskan. “Dakwaan tentang ‘bahan mentah’ yang digunakan ‘tanpa mengikut resipi yang diluluskan’ memberi tanggapan bahawa kualiti produk Chatime di Malaysia telah dikompromi. Semua ini tidak benar, ini bukan sebahagian daripada pertelagahan dengan La Kaffa,” ujarnya lagi.
Bulan lalu, La Kaffa telah membatalkan perjanjian dengan Loob dan menyatakan ia akan mengambil alih operasi bisnes dan pembangunan Chatime Malaysia serta-merta berikutan ketidaksefahaman hala tuju perniagaan. Mengenai dakwaan pembayaran tertunggak pula, Bryan Loo menjelaskan jika ada jumlah seperti yang dikatakan, ia tentunya akan dilunaskan. "Syarikat telah membuat pelaburan awal untuk mendapat pegangan francais 30 tahun yang berakhir pada tahun 2041. Ini adalah bukti bahawa syarikat kami mempunyai komitmen francais jangka panjang. Syarikat juga tidak akan bertindak sesuatu yang menjejaskan pelaburan,” tambahnya. -CARI |
8
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
1
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makneng replied at 7-2-2017 02:47 PM
Wahh dah counter attack ni... Smlm baru beli.. Hiks. Tp x suka yg bijik2 tu.
Siut la.. Buka2 ve ...
makneng replied at 7-2-2017 02:47 PM
Wahh dah counter attack ni... Smlm baru beli.. Hiks. Tp x suka yg bijik2 tu.
Siut la.. Buka2 ve ...
siputsedut replied at 7-2-2017 02:53 PM
Kan..x habis lg drama loob ngn le kaffa ni...
Aku suka yg jelly tu...kalu makan bijik2 bubble t ...
dodolgemok replied at 7-2-2017 03:02 PM
Xpayah makan bijik kelentit tu, makan yg puding jah lgi sedap.
makneng replied at 7-2-2017 03:12 PM
Nanti i try yg puding, yg mana sedap? Strawberry ke?
makneng replied at 7-2-2017 03:11 PM
Bebijik to chewy tapioca balls mmg betangin la uolls dah dibuat drpd ubi. I tak suka lenguh rahan ...
dodolgemok replied at 7-2-2017 03:14 PM
Boleh cuba milk tea atau chocotea dan tmbah puding sebagai topping. Then mintak less ice normal su ...
dodolgemok replied at 7-2-2017 03:15 PM
Tips nak makan bijik kelentit tersebut, telan jah xpayah gigih nak kunyah pelbagai.
ADVERTISEMENT