Sejak semalam, beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas jatuh ke dalam parit mula tular di media sosial. Kejadian itu dipercayai berlaku di jalan Nenasi Rompin, Pahang sekitar jam 6 petang semalam. Beberapa saksi memberitahu bahawa peronda JPJ Pahang tersebut sedang mengejar dua budak lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Semasa berlakunya kejar-mengejar, kenderaan peronda itu tiba-tiba hilang kawalan hingga terbabas ke dalam parit berhampiran jalan. Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina. "Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya. "Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini. "Jangan disangka air yang tenang tiada JPJ, itulah antara komen gurauan dari netizen yang menganggap kejadian ini sebagai lucu. Namun tidak kurang juga yang bersimpati dan mendoakan keselamatan anggota JPJ tersebut. Bagaimanapun, dua anggota JPJ tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan itu setelah dibantu oleh penduduk kampung. - CARI |
13
Bagus |
22
Marah |
18
Terkejut |
19
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tomatome replied at 2-2-2017 11:33 AM
poyo.. saje nak tunjuk kuasa la tu nahh mendapat masuk parit.. cian bebudak kg tu
krustykrab replied at 2-2-2017 12:44 PM
x kira la kampung ke ulu banat ke, kalau dah melanggar peraturan boleh bahayakn nyawa sendiri dan mu ...
MarryPottet replied at 2-2-2017 12:38 PM
jpj dah boleh tukar nama jd jpjp - jabatan pengangkutan jalan & parit
wnwa05 replied at 2-2-2017 11:23 AM
dalam kampung macam tu pun ko nak berkira ke pakai helmet ke tidak..aduii kan dah mendapat
krustykrab replied at 2-2-2017 12:44 PM
x kira la kampung ke ulu banat ke, kalau dah melanggar peraturan boleh bahayakn nyawa sendiri dan mu ...
pooh~key replied at 2-2-2017 01:23 PM
Akak setuju dengan sis krusty. Ada pulak tu yang komen jalan kampung pun nak berkira ke. Akak was ...
ADVERTISEMENT